Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) - Coggle Diagram
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Definisi
Pentaksiran yang berlaku secara berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan : Untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
Tarikh pelaksanaan
PBD pada tahun 2011 dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) dan pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.
Perbezaaan PBD dan PBS
PBS bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)
4 komponen dalam PBS:
Pentaksiran Pusat (PP)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD pula berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. Bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
Kepentingan
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
mengetahui keberkesanan pengajaran
Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran.
Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Cara PBD dilaksanakan
Dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun.
Dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran:
Pemerhatian
Penulisan
Lisan
Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan lain-lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
Cara memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan
Pentadbir sekolah melakukan pemantauan
Guru-guru panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan.
Guru panitia melakukan moderasi dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.
Jawatankuasa pemantauan kualiti PBD
Pengetua / guru besar
Penolong kanan pentadbiran
Penolong kanan hal ehwal murid
Penolong kanan kokurikulum
Penolong kanan petang
Penolong kanan pendidikan khas
Guru kanan mata pelajaran / ketua bidang
Ketua panitia
Guru cemerlang
Jurulatih utama
Mana mana guru yang dilantik oleh pengetua
Saluran untuk mendapatkan maklumat berkaitan KSSM
Buku panduan
Portal
http://bpk.moe.gov.my/
JPN
PPD
Perbezaan tahap penguasaan umum dengan tahap penguasaan keseluruhan
Tahap penguasaan umum
: digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut.
Tahap penguasaan keseluruhan:
penentuan satu tahap penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan.
Kekerapan PBD dilaporkan
Sekurang-kurangnya 2 kali setahun