Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGUMPULAN DAN PENULISAN HADIS, , NOR AISHA NABILA BINTI ABD RAHMAN …
PENGUMPULAN DAN PENULISAN HADIS
ZAMAN RASULULLAH SAW
Catatan dan penulisan hadis
Dalil tegahan dan suruhan
Terdapat dua keadaan berkenaan dengan larangan dan keizinan untuk mencatat hadis.
Rasulullah SAW melarang para sahabat mencatat hadis. Seperti mana yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kamu menulis apa-apa yang lahir dariku (hadis). Sesiapa yang menulisnya selain daripada Al-Quran hendaklah dia memadamnya."
(Muslim,al-Zuhd,5460)
Baginda SAW tidak melarang sahabat mencatat hadis-hadis Baginda. Seperti Anas bin Malik meriwayatkan:
" Seorang lelaki menemui Nabi SAW mengadu tentang kelemahan hafazannya. Rasulullah SAW menjawab: Bantulah dengan tangan kananmu (iaitu dengan menulis)."
(al-Tabrani, Ausat,2935)
Tarjih tegahan dan suruhan
Umat Islam baru mengenal Islam dan tidak dapat membezakan antara Al-Quran dan hadis.
Larangan mencatat hadis telah dimansukhkan oleh hadis yang membenarkan mencatatnya. Disebabkan oleh jumlah hadis bertambah dan kekurangan perawi.
Bentuk perolehan hadis
Majlis-majlis Rasulullah SAW
Para sahabat mengutuskan wakit thiqah dan amanah untuk mendapatkan hadis Baginda SAW.
Para sahabat juga sering bermuzakarah sesama mereka mengenai hadis-hadis yang mereka dengar daripada Baginda.
Nabi SAW sering mengadakan perjumpaan dan majlis untuk menyampaikan wahyu daripada Allah kepada para sahabat.
Masalah masyarakat
Rasulullah SAW segera memberitahu jawapan atau hukum terhadap masalah yang dihadapi. sekiranya Nabi SAW belum mendapat wahyu daripada Allah, Baginda SAW menangguhkannya sehingga mendapat wahyu.
Berlaku peristiwa
Disampaikan melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas diri Nabi SAW secara tiba-tiba.
Nabi SAW terdengar kalangan sahabat tersalah dalam tindakan mereka, lalau Baginda segera membetulkannya dan mengutuskan sahabat yang ada untuk segera memberitahu kesilapan itu.
Aktiviti Rasulullah SAW
Setiap perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW diperhatikan oleh sahabat dan mereka akan mencatatnya dan mengamalkannya.
ZAMAN SAHABAT
Kaedah periwayatan sahabat
Saksi terhadap sesuatu hadis yang disampaikan.
Para sahabat akan mengkritik riwayat yang didapati bertentangan dengan nas Al-Quran.
Kalangan sahabat sangat berhati-hati dan mengurangkan aktiviti meriwayat hadis Rasulullah SAW.
Jumlah riwayat sahabat
Antara sahabat yang banyak meriwayat hadis Rasulullah SAW:
Abu Hurairah (5347 buah/1579 buah)
Anas bin Malik (1286 buah)
Aisyah binti Abu Bakar (2210 buah)
ZAMAN TABI'IN
Faktor pengumpulan
Ulama dan orang pandai dalam pelbagai ilmu telah berpindah ke merata tempat.
Muncul musuh-musuh Islam dan kalangan umat Islam sendiri yang mencipta Hadis Palsu.
Timbul berbagai perselihan kalangan umat Islam, khasnya kemunculan puak-puak dan aliran mazhab.
Jumlah penghafaz semakin berkurungan.
Terbentuknya kaedah-kaedah tertentu dalam penyusunan hadis.
Untuk menyebar dan memperkembangkan serta memperluaskan lagi bidang Ilmu Hadis.
Galakan dan usaha serius daripada pihak pemerintah untuk menjaga kepentingan dan kesucian Rasulullah SAW.
Pembukuan hadis
Khalifah Umar bin Abd AL-Aziz telah memerintahkan ulama supaya menyusun semula hadis Rasulullah SAW.
Beliau juga mengutus surat ke wilayah-wilayah lain untuk turut bertsnggungjawab dalam penyusunan semula hadis.
Rentetan daripada itu, terhasil kitab Al- Muwatta' oleh Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad bin Hanbal.
Pada abad ke-3 Hijrah lahir ulama menyusun kitab hadis berdasarkan topik yang dikenali sebagai Musannaf (Sunan Al-Sittah).
Sahih al-Bukhari
Sahih Muslim
Sunan Abu Daud
Sunan al-Tirmizi
Sunan al-Nasa'i
Sunan Ibn Majah
NOR AISHA NABILA BINTI ABD RAHMAN
A21HP0116
ULUM AL-HADITH