AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu
AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu
AYAT MAJMUK GABUNGAN
AYAT MAJMUK PASIF
Ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada 2 ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti 'dan' , 'atau' dan sebagainya.
CONTOH AYAT:
PEMBENTUKAN AYAT MAJMUK GABUNGAN
Ayat berikut merupakan contoh ayat majmuk yang dibentuk dengan menggunakan kata hubung seperti 'dan' , 'iaitu' , 'lagi' , 'serta' dan sebagainya.
CONTOH AYAT:
JENIS GABUNGAN
Ayat gabungan dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung. Penggunaan kata hubung yang berbeza ini sekurang-kurangnya menghasilkan tiga jenis gabungan utama, iaitu:
Gabungan yang susunan faktanya berurutan.
Gabungan yang susunannya memberi maksud pertentangan fakta.
Gabungan yang susunannya menggabungkan dua ayat atau lebih.
AYAT MAJMUK CAMPURAN
AYAT MAJMUK PANCANGAN
Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu, yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang dipancangkan, iaitu:
TIGA JENIS AYAT DIPANCANGANKAN
AYAT RELATIF
Ayat relatif ialah yang ditandai dengan penggunaan perkataan 'yang'
CONTOH AYAT
AYAT KOMPLEMEN
Perhatikan ayat-ayat berikut:
⚠ Ayat 1 ialah ayat relatif seperti yang diterangkan di atas, perkataan 'yang' dalam frasa 'yang sakit' itu menggantikan frasa yang diulang, iaitu 'murid itu' seperti yang terdapat dalam ayat-ayat asalnya.
JENIS-JENIS AYAT KOMPLEMEN
AYAT KETERANGAN
Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
CONTOH AYAT:
⚠ Berdasarkan contoh di atas, ayat majmuk tersebut mempunyai dua ciri, iaitu:
JENIS-JENIS AYAT KETERANGAN
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.
CONTOH AYAT
Kesemua ayat aktif, jika mengandungi kata kerja trasnsitif boleh dijadikan sebagai ayat pasif.
(i) Ayat Majmuk Gabungan
a. Ayat Aktif: Saya minum teh dan Aminah makan nasi.
b. Ayat Pasif: Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.
(ii) Ayat Majmuk Relatif
a. Ayat Aktif: Mereka menonton wayang yang lucu itu.
b. Ayat Pasif: Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka.
(iii) Ayat Majmuk Komplemen
(Komplemen Objek)
a. Ayat Aktif: Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.
b. Ayat Pasif: Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.
(iv) Ayat Majmuk Keterangan
a. Ayat Aktif: Ali akan membeli buku itu kalau Ayah membenarkannya.
1b. Ayat Pasif: Buku itu akan dibeli oleh Ali kalau Ayah membenarkannya.
2b. Ayat Pasif: Ali akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh Ayah.