Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peranan islam dalam masyarakat berbilang bangsa - Coggle Diagram
Peranan islam dalam
masyarakat berbilang bangsa
Fungsi peranan islam dalam
masyarakat berbilang bangsa
PERANAN ISLAM DALAM MEMUPUK PEMAHAMAN ANTARA AGAMA
Masyarakat pada hari ini sering dimomokkan dengan kepelbagian dan perbezaan agama yang boleh mencetuskan ketegangan dalam berbilang budaya dan agama.
Setiap agama mempunyai perbezaan mendasar terutama konsep ketuhanan dan kepercayaan nilai sejagat.
Menerusi insiatif ini masyarakat lebih bijak dalam menutur setiap kata-kata yang keluar dari mulut mereka agar setiap perkataan yang diucap tidak menggores hati atau mempersendakan agama lain secara sengaja atau tidak.
KHIDMAT MASAYARAKAT
Segelintir pihak NGO telah menghulurkan bantuan bagi mereka yang berkurang nasib baik tanpa mengira bangsa dan agama. sebagai contoh, ustaz Ebit Lew iaitu seorang usahawan yang sangat dermawan telah menghulurkan bantuan secara umum.
Sikap ini dapat menjadikan agama Islam sangat dipandang tinggi oleh agama lain.
SIFAT BERTOLERANSI
islam merupakan agama toleransi samaada pada penganutnya atau selain dari itu.
sifat itu dapat dilihat dalam hal urusan agama itu sendiri dimana islam tidak pernah sama sekali menggesa muslim untuk memaksa bukan muslim untuk memeluk islam.
PERANAN DAN PENGARUH AGAMA DALAM MASYARAKAT
Agama adalah suatu kepercayaan yang dianut masyarakat yang mempercayai wujudnya Tuhan yang menciptakan dan mengatur alam.
Agama mengandungi nilai-nilai kehidupan, yang didalamnya terdapat norma-norma yang mengatur kehidupan manusia yang menganutnya sebagai pendoman dan petunjukdalam hidup.
Agama juga memainkan peranan yang penting dalam mebentuk pandangan dunia dalam kehidupan manusia serta mendatangkan ketenangan dan keamanan di kalangan penduduk dunia sehinggakan agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan .
PENGARUH AGAMA DALAM MASYARAKAT
Pengaruh agama amat besar dalam kalangan masyarakat sehingga mampu mempengaruhi kehidupan merka.
Setiap penganut tidak kira agama saling menghormati pengangan, kepercayaan dan amalan masing-masing, tidak mencemarkan supaya perpanduan kaum serta keharmoniaan dapat terus dipelihara.
EMPAT AGAMA UTAMA DI MALAYSIA
Islam
Untuk seseorang yang beragama Islam bererti memberi kesaksian bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya. Sumber utama agama Islam ialah Al-Quran dan As-sunnah. Penganutnya wajib berpegang kepada Rukun Islam serta Rukun Iman.
Hindu
Agama Hindu dianuti oleh sebahagian besar komuniti India atau juga dikenali dengan nama agama Brahma. Kitab Veda adalah panduan kepada penganut agama Hindu. Veda mengandungi cerita tentang pelbagai aspek kehidupan bangsa Arya di India pada masa lampau
Buddha
Agama Buddha di mana majoriti penganut Buddha terdiri daripada etnik Cina yang berpegang kepada mazhab Buddha Mahayana. Antara ajaran moral Buddha yang terpenting adalah menghormati kehidupan sama ada manusia, tumbuhan ataupun haiwan.
Kristian
Agama Kristian merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi. Orang Kristian menganggap Jesus sebagai jelmaan tuhan yang mempunyai rupa serta sifat-sifat manusia.
Peranan islam dalam masyarakat
ASAS PEMBENTUKAN MORAL
Agama berperanan dalam pembentukan nilai-nilai murni seseorang individu. Tanpa nilai murni, seseorang individu itu gagal menjadi insan yang berakhlak mulia.
Agama dikatakan menjadi pendoman bagi penganutnya dalam mengatur kehidupan. Sebagai contoh, menghormati orang serta agama lain dan tidak melakukan sesuatu di luar dari norma kehidupan.
PEMBENTUKAN DAN PEMBANGUNAN
TAMADUN MANUSIA
Manusia yang bertamadun adalah sekumpulan manusia yang telah maju dari pelbagai aspek kehidupan. Dengan istilah lain, sudah mengamalkan sistem kehidupan yang teratur, ada undang-undang yang sistematik, tempat tinggal, aktiviti ekonomi serta agama.
Dalam tamadun Melayu sendiri, agama Islam berperanan dalam membentuk sistem pentadbiran, ekonomi dan juga sosial masyarakat Melayu pada masa tersebut.
MENAIKKAN SEMANGAT KEBANGSAAN
Agama islam telah lama memainkan peranan dalam membangkitkan semangat kebangsaan khususnya orang Melayu.
Dapat dilihat semasa zaman awal-awal tahun 1920-an di mana agama Islam telah berjaya menyuntik golongan Kaum Muda untuk bangun menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air, bangsa dan agama.
Dalam konteks masyarakat Arab di Timur Tengah, mereka juga sanggup mati syahid mempertahankan agama dan negara mereka daripada golongan Zionis.
1) Peranan Islam dalam masyarakat berbilang bangsa boleh menjadi kompleks dan pelbagai, kerana ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti sejarah, budaya, dan demografi masyarakat, serta tafsiran dan amalan Islam oleh penganutnya. Berikut adalah beberapa aspek utama yang perlu dipertimbangkan :
2) Peranan Islam dalam masyarakat berbilang bangsa juga melibatkan pembentukan nilai-nilai moral dan kesatuan dalam masyarakat.
3) Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum melahirkan pelbagai budaya dan juga agama yang menjadi pegangan hidup rakyatnya. Orang Melayu yang semestinya beragama Islam, Cina beragama Buddha, Konfusian serta masyarakat India beragama Hindu. Ketiga-tiga kaum utama inilah yang mendominasi perubahan nilai dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam tajuk “Peranan agama Islam dalam masyarakat plural di Malaysia”, kita membincangkan aspek berikut: bagaimana cara-cara hidup orang-orang muslim boleh membawa keharmonian dalam masyarakat yang pelbagai di Malaysia.
KESIMPULAN
peranan islam dalam masyarakat berbilang
bangsa sebagai unsur yang penting kepada orang Melayu serta umat Islam yang lain.
Merangkumi dari semua aspek ( pencapaian sains dan teknologi , kerohanian dan perpaduan nasional ) .