Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tugas guru dalam penglibatan pelajar dan ibubapa bagi aktiviti Ko…
-
- Guru memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dan pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum (sukan) di sekolah.
- Penglibatan pelajar dan ibubapa dalam aktiviti ko-kurikulum (Sukan) di sekolah amatlah penting bagi peningkatan keterampilan diri pelajar.
- Hal ini kerana, akiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar mampu membantu pelajar dalam melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran sebelum menempuh alam pekerjaan yang lebih mencabar
- Oleh sebab itu, Kerjasama antara guru dan ibubapa pelajar amatlah diperlukan bagi memastikan anak-anak di sekolah menyertai aktiviti kokurikulum secara sepenuh hati agar mereka berjaya mendapat nilai yang ingin diterapkan dalam inisiatif ini.
- Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa generasi muda hari ini sudah pasti usaha pembangunan negara akan terbantut.
- Sesungguhnya, pelajar merupakan jentera penggerak kemajuan negara pada masa hadapan bak kata cogan kata, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
-
Hubungan Komunikasi
Menjalinkan hubungan yang baik antara guru dengan ibu bapa adalah perlu untuk berkomunikasi mengenai aktiviti ko-kurikulum seperti matlamat, tarikh, peraturan dan manfaat aktiviti kepada mereka.
Guru perlu menyediakan saluran komunikasi yang terbuka dengan ibu bapa seperti penggunaan aplikasi mudah alih, e-mel atau portal dalam talian yang membolehkan ibu bapa mendapat maklumat mengenai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah
-
Koutrouba et al (2009) mendapati interaksi dan komunikasi antara guru dan ibu bapa amat penting dan telah memberi kesan positif dalam setiap aktiviti di sekolah.
-
-