Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JIHAD - Coggle Diagram
JIHAD
Isu Kesalafahaman Jihad
-
• Hamas yang bermaksud Harakat Al-Muqawamah Al-Islamiyah atau Gerakan Perlawanan Islam muncul tahun 1987 dan diwujudkan oleh seorang ulama Palestin Sheikh Ahmad Yasin
-
• Muncul dari cabang Ikwanul Muslimin yang berperanan untuk menyerang Israel bagi membebaskan Palestin
• Pada tahun 2007, Hamas berkuasa apabila terlibat dalam politik Palestin dan mengalahkan kekuasaan Fatah (pasukan seperti Hamas tetapi bebeza ideologi dengan Hamas yang lebih mementingkan perundingan dan perdamaian, manakala Hamas lebih berpegang kepada perlawanan yang menggunakan senjata)
• Jihad yang dipertahankan oleh Hamas ini lebih melibatkan kepada kekerasan dan perlawanan bagi membebaskan Palestin dari jajahan Israel
• Hamas dianggap teroris sebab menyerang menggunakan kekerasan, sedangkan Hamas berjuang mempertahankan negara Palestin dari serangan penduduk Israel terhadap Masjidil Aqsa
• Hamas menolak tindakan Israel untuk berdamai bersama Palestin akibat jajahan yang telah dilakukan oleh Israel sehingga menyebabkan rampasan tanah air Palestin
-
ISIS atau nama lain mereka adalah DAESH merupakan satu nama bagi gerakan pengganas ataupun terroris. Ianya bukan satu gerakan keganasan yang baharu, tetapi merupakan kesinambungan daripada sebuah gerakan yang membawa fahaman ekstremis iaitu al-Qaeda dan antara tokoh yang terkenal ketika itu merupakan Osama bin Laden. Terkenal kerana peristiwa 11 September kerana melakukan rancangan keganasan terhadap Amerika.
Mereka ni diketuai oleh Abu Bakar al-Baghdadi yang mengisytiharkan semula kewujudan khilafah islamiyyah selepas pemerintahan khalifah dimansuhkan pada tahun 1924. Apa yang kita nampak mereka ini kononnya seperti memperjuangkan syariat Islam akan tetapi sebenarnya tidak pun kerana mereka ni hanya sekadar menunggang agama Islam itu sendiri dengan memperjuangkan syariat yang songsang mengikut kemahuan dan acuan mereka sendiri.
Kewujudan ISIS dan kumpulan-kumpulan pengganas ini juga telah dikritik dengan keras oleh Ulama’ sedunia. Ini kerana mereka terlihat mempunyai agenda peribadi dan kewujudan mereka adalah fitnah kepada agama Islam yang sama sekali tidak mempromosikan keganasan.
PERSPEKTIF ISLAM
- suatu pendekatan yang paling berkesan untuk mewujudkan keamanan kedamaian, keadilan, dan kebenaran
- Jihad bukanlah keganasan tetapi adalah sebagai satu kaedah untuk mengatasi keganasan.
- Jihad bukanlah kezaliman tetapi adalah sebagai suatu cara untuk menghapuskan kezaliman.
- Unsur yang penting dalam jihad ini ialah kesungguhan atau dedikasi dalam melaksanakannya dan niat atau objektif berjihad.
- Ayat-ayat dalam Al-Quran menjelaskan bahawa maksud jihad dalam al- Quran bukan hanya menyeru umat Islam berperang tetapi juga bermaksud menyeluruh dan umum, iaitu merangkumi aspek daya, tenaga kemampuan dan kekuatan seseorang Islam dalam menghadapi musuh-musuhnya (sama ada luaran, ataupun dalaman iaitu syaitan dan jin) bagi mencapai matlamat yang digariskan al-Quran.
- Jihad dipersyaratkan harus dalam hal yang boleh diredhai Allah, hanya kerana Allah, dan sekadar atas kemampuan masing- masing. Dengan kata lain, jihad tidak boleh bertentangan dengan nilai-nilai kebaikan. Selain itu, jihad bukan suatu tindakan dan tujuan yang dapat dicapai dengan tangan kosong.
Perspektif barat
- Jihad dilambangkan sebagai keganasan dan pembunuhan.
- Islam ditegakkan dengan mata pedang.
- Barat melabelkan islam sebagai agama yang mengamalkan keganasan.
- Barat mengaitkan kejadian pengeboman dengan jihad.
-
-