Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 1: KEMAHIRAN BAHASA - Coggle Diagram
TOPIK 1: KEMAHIRAN BAHASA
FUNGSI BAHASA
Sebagai alat ekspresi diri
Untuk mengungkap atau menyatakan apa yang tersirat di dalam hati kita sama ada melalui lisan mahupun tulisan.
Unsur-unsur yang mendorong ekspresi diri adalah untuk menarik perhatian orang lain terhadap kita dan keinginan untuk membebaskan diri kita daripada semua tekanan emosi.
Sebagai alat komunikasi
Sewaktu berkomunikasi kita sudahpun memiliki tujuan tertentu. Antaranya ialah untuk difahami orang orang lain tentang semua yang kita fikir dan rasakan
Sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial
Melalui bahasa kita mengetahui adat istiadat, kebudayaan, dan tatacara sesuatu masyarakat.
Sebagai alat kawalan sosial
Pelbagai penerangan, informasi dan pendidikan disampaikan melalui bahasa.
Mempengaruhi pandangan dan sikap orang lain agar sesuai dengan harapannya.
CIRI-CIRI BAHASA
bahasa sebagai alat komunikasi
Sebagai alat komunikasi, bahasa merupakan saluran untuk membolehkan penutur sesuatu bahasa dapat menjalinkan kerjasama dengan penutur daripada bahasa yang lain.
Komunikasi lisan bermaksud penutur mengujarkan bunyi-bunyi bahasa untuk didengari dan difahami oleh pendengar.
Komunikasi tulisan pula bermaksud penulis mencatatkan dan menggunakan tanda-tanda yang dapat dilihat atau dibaca bagi menyampaikan idea atau perkara yang terkandung dalam fikiran mereka kepada pembaca.
bahasa sebagai satu simbol
Pada zaman awal, manusia menggunakan gambar atau objek tertentu sebagai simbol untuk menerangkan sesuatu.
Kemudian manusia menggunakan kombinasi bunyi sebagai simbol. Bahasa juga dikatakan sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam proses interaksi.
Simbol digunakan untuk merujuk kepada perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang membentuk simbol tersebut.
bahasa bersifat arbitrari
Bahasa bersifat arbitrari bermaksud tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda atau perkara yang dimaksudkan.
bahasa bersifat unik
Bahasa bersifat unik bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja.
Bahasa bersifat unik juga dikaitkan dengan cara kita memeroleh bahasa itu sendiri iaitu bahasa bukanlah sesuatu yang kita warisi sebagaimana kita warisi ciri-ciri fizikal keluarga kita.
bahasa sebagai satu sistem
Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bahasa itu mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan
mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan nahu atau struktur sintaksis.
Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur.
Bentuk dan kedudukan pekataan dalam ayat dapat memberikan makna kepada sesuatu bahasa.
bahasa bersifat sejagat
bukan bermakna hanya terdapat satu bentuk bahasa yang dituturkan oleh semua orang.
Hal ini kerana secara alamiah berpotensi untuk berbeza dan beraneka.
bahasa bersifat dinamis
bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi untuk berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.
Sifat bahasa demikian akan terus berlaku selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia yang lain.
bahasa bersifat bervariasi
terdapat kepelbagaian bagi satu-satu bahasa itu. Kepelbagaian itu boleh melibatkan cara dan gaya mengajarnya, istilah-istilah khusus yang digunakan dan struktur sintaksis bagi sesuatu variasi bahasa itu.
sesuatu bahasa itu mempunyai pelbagai dialek yang diujarkan oleh satu-satu kumpulan penutur dan laras bahasa yang digunakan dalam satu-satu bidang ilmu.
KEMAHIRAN BERBAHASA
KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan seseorang itu mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi seperti perbualan, syarahan, ucapan dan soal jawab.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Bertanya dan nyatakan yang anda tidak memahami percakapannya
Minta diulang
Minta bercakap dengan perlahan sedikit
Dapatkan penjelasan
Menyebutkan semula frasa
Mengulang ayat yang tidak difahami
Beri perhatian pada intonasi dan nada suara
Fokuskan kepada kata tanya
Menganggap perbualan sebagai relevan
KEMAHIRAN BERTUTUR
ASPEK YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BERTUTUR
Ciri fizikal: alat artikulasi dan pendengaran
Ciri mental: kemahiran memahami, menginterpretasi
Ciri emosi: gemuruh, kontak mata, tidak cukup maklumat dan persediaan
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR
lakukan semua aktiviti bahasa di dalam kelas
bersedia untuk berkomunikasi
berlatih secara senyap
tidak takut membuat kesilapan
menjelaskan dengan perkataan lain atau gunakan perkataan sinonim
ASPEK-ASPEK PERTUTURAN
INTONASI
keadaan bunyi menaik atau menurun sesuatu ayat dilafazkan / nada suara
ayat penyata – intonasi di hujung menurun
ayat tanya – intonasi menaik
TEKANAN
bertujuan menandakan keras atau lembut sesuatu ucapan
Sebutan
cara menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa
JADA
disebut persendian ; untuk memisahkan perkataan, rangkai kata atau ayat
PANJANG & PENDEK(MORA)
merupakan kadar sesuatu bunyi diucapkan
konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab
KEMAHIRAN MENULIS
Proses memberi respon
Proses komunikasi
Ekspresi kendiri
Bersifat sejagat
Ditadbir oleh peraturan
Proses pembelajaran
PRINSIP PENULISAN
Isi
Proses menulis
Khalayak
Tujuan
Pemilihan kata
Penyusunan
Mekanis penulisan
Tatabahasa
KEMAHIRAN MEMBACA
STRATEGI MEMBINA KEMAHIRAN MEMBACA
Pilih petikan yang mudah
Membuat andaian
Menyediakan pen dan kertas
Memikirkan/menetapkan matlamat membaca
Memperlahankan kelajuan membaca
Membuat semakan berkaitan idea yang dibaca