Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGARUH EUROSENTRISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA, image, image,…
PENGARUH EUROSENTRISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA
PUNCA PENYEBATIAN EUROSENTRISME DALAM DIRI MASYARAKAT
Budaya Barat Sebagai Paksi Utama
Masyarakat menjadikan budaya Barat sebagai penanda aras dalam bentuk kemajuan dalam sesuatu perkara
Penjajahan Pada Kurun Ke-16
Hal ini dilakukan untuk membina naratif baharu serta imej pribumi yang dianggap sebagai rendah dan tidak bertamadun agar ia dapat disesuaikan dengan proses penjajahan dan kepercayaan Eropah sebagai wakil bangsa dan tamadun yang unggul.
Pemikiran dan Gagasan Tempatan Diketepikan
Pemikiran masyarakat yang menganggap adat dan budaya sebagai perkara kolot, masyarakat lebih memilih untuk mengikut budaya barat yang lebih moden dan bersikap terbuka sehingga sanggup mengenepikan hukum-hakam agama.
KONSEP EUROSENTRISME
Eurosentrisme merupakan satu bentuk pemikiran yang melihat peradaban bukan Eropah melalui perspektif sejarah, geografi, sains dan kemajuan yang adalah berasaskan ukuran dan nilai-nilai Eropah yang dianggap teragung.
Mempercayai bahawa Eropah sebagai pencetus peradaban manusia sama ada di kawasan
yang tertentu atau di seluruh dunia
Teori peresapan Eurosentrisme merupakan satu teori mengenai bagaimana proses budaya atau peradaban itu bergerak dan menjalar dari satu pusat ke kawasan-kawasan yang lain.
Teori ini menjelaskan bagaimana peradaban Eropah mengubah dan mempengaruhi kamuniti bukan Eropah dari segi budaya, sejarah, ideologi, kemajuan dan peradaban mereka.
PENGAJARAN DAN KESIMPULAN
Ini dapat membantu masyarakat malaysia untuk mempertahankan adat resam/identiti budaya mereka sebagai orang melayu dalam mengikut perkembangan dunia global yang semakin ke hadapan.
Mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sekolah/institut pendidikan selari dengan apa yang kebiasaannya dilihat dalam media sosial.
Menerapkan tentang budaya, sejarah dan nilai - nilai murni orang - orang melayu terdahulu kepada generasi muda masa kini.
IMPLIKASI EUROSENTRISME
Adat Melayu akan Dilupakan
Lebih suka mengenakan pakaian Barat daripada pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju melayu. Selain itu, budaya dan adat perkahwinan lebih mengikut budaya barat seperti
"flower girl"
,
"walking aisle"
dan bercumbuan dikhalayak ramai.
Melahirkan Masyarakat yang Suka Akan Pembaziran
Masyarakat sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata untuk menunjuk di media sosial.
Wujud Masyarakat Berpuak-puak
Mereka memandang rupa berbanding kemahiran seseorang dan hati budi seseorang. Sebagai contoh , mereka hanya akan berkawan jika seseorang itu berkulit putih dan akan menjauhkan diri jika seseorang itu berkulit gelap.
CONTOH PENGARUH EUROSENTRISME DI MALAYSIA
Fesyen
Masyarakat mula menormalisasikan pakaian-pakaian yang mencolok mata dan berlebih-lebihan yang membawa kepada pembaziran
Gender Reveal dan Baby Shower
Terikut-ikut dengan budaya terkini di Barat yang bercanggah dengan adat Melayu serta haram di sisi Islam
LGBTQ
Rakyat Malaysia semakin menerima pergerakan suara golongan LGBT atas dasar sama rata dan kesaksamaan
Hedonisme
Berlebih-lebihan dalam berhibur sehingga mengabaikan tuntutan agama
Astrologi dan Horoskop
Mempercayai ramalan dan tilik nasib serta penjelasan aspek keperibadian yang karut
CARA MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA PENGARUH EUROSENTRISME
Memantapkan Pegangan Ilmu Agama
Kesederhanaan yang diajar dalam agama akan menjadikan manusia sentiasa berhati-hati dengan setiap tingkah laku agar tidak melampaui batas
Berusaha Meningkatkan Intelektual Diri
Ilmu yang mantap di dada ditambah pula dengan daya berfikir yang tajam akan menyelamatkan diri daripada kebinasaan kerana ia dapat menolong kita membezakan kebenaran dan kesalahan.
Cakna dengan Ideologi Barat
Mengenali musuh sebelum melawan mereka agar tidak tergelincir dalam perangkap konspirasi/pengaruh eurosentrisme
Menguasai Teknologi dan Media Sosial
Memanfaatkan media sosial untuk menyebarkan kesedaran mengenai dakyah barat dan kesannya kepada masyarakat
Menguatkan Jati Diri
Menguatkan jati diri agar tidak mudah terpengaruh dengan pemikiran eurosentrisme