BAGAIMANA QUIZZ MEMBANTU GURU?
:red_flag: MUDAH DIAKSES
:check: Aplikasi ini dapat diakses melalui pelbagai perantiseperti komputer riba, tablet mahupun telefon pintar.
:check: Pengguna boleh mendaftar untuk mendapatkan akaun percuma di platform Quizizz.com, yang membolehkan mereka mendapat akses kepada pelbagai set soalan kuiz yang sedia untuk digunakan
:check: Tidak terhad kepadaitu, pengguna juga boleh membangunkan set soalan kuiz mereka sendiri. Semasa membuat kuiz, pengguna perlu memberikan tajuk kuiz, gambar dan juga membuat penetapan samada ianya untuk kegunaan peribadi atau umum
:red_flag: MEMUDAHKAN GURU
:check:Terdapat dua jenis pendekatan dalam Quizizz iaitu permainan secara langsung (Live)atau secara penugasan (Assigned)
:check:Permainan langsung (live) sangat sesuai bagi penilaian secara bersemuka dalam kelas bersama pelajar mahupun secara maya. Dalam konteks permainan langsung pelajar biasanya akan diberi kod permainan untuk digunakan bagi mengakses paparan soalan kuiz.
:check:Memes, avatar, tema, muzik, dan papan pendahulu tersedia pada platform ini untuk menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik dan mengujakan.
:check: Soalan akan muncul pada skrin peranti setiappelajar, seterusnya mereka boleh menjawab soalan sesuai masa menjawab mereka sendiri.
:check: Pelajar akan berpeluang menyemak jawapan mereka pada akhir kuiz. Ini memberikan maklum balas langsung kepada pelajar tentang tahap pencapaian mereka terhadap topik pembelajaran melalui soalan kuiz yang dijawab.