BAHASA MELAYU
Fungsi bahasa melayu
Peraturan berbahasa
Kesantunan berbahasa
Bahasa Ilmu
Definisi: Penggunaan bahasa yang betul dan tepat, mempunyai nilai hormat, berpendirian, rendah hati serta berintegriti ketika berkomunikasi.
(Ahmad, 2020)
Peraturan kesantunan berbahasa adalah usaha unutk mengelakkan slaah faham atau konflik semasa berinteraksi.
(Lakoff and Bucholtz, 2004)
Asas komunikasi yang menunjukkan aturan sosial dalam sesebuah masyarakat semasa berinteraksi.
(Hassan & Alimi, 2020)
Kesantunan bahasa ialah etika sosial yang perlu dititikberatkan dan digunakan untuk mewujudkan hubungan mesra semasa berkomunikasi.
(Mohd Khaidir, 2021)
Bahasa Pengantar
Bahasa Perpaduan
Bahasa Komunikasi
Bahasa Kebangsaan
Peraturan Sosiolinguistik
i. Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.
(Sabaruddin, 2000)
ii. Bahasa Melayu digunakan dalam situasi rasmi.
iii. Contohnya, dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan, pendidikan dan upacara rasmi.
i. Bahasa melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan digunakan sebagai alat untuk meningkatkan perpaduan.
(Mohamed, 2019)
ii. DIgunakan oleh semua kaum untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
iii. Ianya berperanan untuk menyatukan penutur terdiri daripada pelbagai bahasa.
(Hassan, 2019)
i. Bahasa melayu digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.Bahasa melayu setanding dengan bahasa moden lain untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang kompleks.
i. Dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, n.d)
ii. Bahasa melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah untuk mengajar.
iii. Bahasa melayu menjadi mata pelajaran yang harus dipelajari di sekolah dan wajib luius semasa peperiksaan.
i. Bahasa melayu diiktiraf sebagai bahasa lingua franca iaitu bahasa yang digunakan untuk perhubungan dan komunikasi.
(Hassan, 2017)
ii. Ianya bahasa yang digunakan untuk masyarakat yang mempunyai bahasa ibunda yang berbeza berkomunikasi antara satu sama lain.
Peraturan Linguistik
Peraturan Pragmatik
Definisi:
Penggunaan bahasa yang sopan dan memberi impak setelah habisnya sesebuah interaksi.
(Mohd Sa'ad, 2021)
Pilihan bahasa dan cara percakapan memainkan peranan yang penting. Ianya haruslah bersesuaian dengan tujuan percakapan tersebut.
i. Penggunaan bahasa yang sopan dan memberi impak setelah habisnya sesebuah interaksi.
(Mohd Sa'ad, 2021)
Pilihan bahasa dan cara percakapan memainkan peranan yang penting. Ianya haruslah bersesuaian dengan tujuan percakapan tersebut.
Definisi:
Peraturan linguistik adalah peraturan yang memastikan sebutan teratur semasa penggunaan bahasa.
(Ja'afar, 2005)
Mengawal tatatertib sosial ketika berinteraksi.
2 jenis interaksi iaitu:
- Bersemuka (perbualan)
- Interaksi tidak ketara (penulis dan pembaca)
(Asmah,2002)
i. Dikaitkan dengan sikap sopan santun semasa berinteraksi tanpa mengira situasi atauapun taraf.
ii. Mementingkan betulnya bentuk dan binaan bahasa.
iii. Merangkumi 3 aspek iaitu:
Sebutan: haruslah jelas dan tepat agar mesej dapat disampaikan.
Intonasi: mestilah bersesuaian mengikut umur dan kerapatan penutur.
.
-Tatabahasa: penggunaan mestilah mematuhi peraturan tatabahasa yang tepat.
iv. Peraturan ini ditekankan semasa bahasa melayu digunakan dalam urusan atau majlis rasmi.
v. Bertujuan untuk menjaga kelancaran urusan dengan memastikan mesej disampaikan dengan jelas dan boleh difahami.
vi. Dapat mengurangkan jurang komunikasi kerana perbezaan dialek atau bahasa yang digunakan.
Definisi:
Peraturan sosiolingsuistik berkaitan hubungan penggunaan bahasa dan masyarakat. Ianya melibatkan cara berbahasa dan struktur sosial.
(Suraiya, 2014)
Sosio bermaksud perkara berkaitan masyarakat.
Linguistik adalah ilmu berkaitan kajian bahasa
Terdapat dua konteks iaitu:
Komunikasi lisan (pembicara dan pendengar)
Komunikasi tulisan (penulis dan pembaca)
i. Mengawal tatatertib seseorang semasa berinteraksi dengan orang lain.
ii. Contohnya, penggunaan kata sapaan, kata ganti nama diri dan gelaran yang betul.
Dalam urusan rasmi, penggunaan gelaran yang digunakan haruslah betul sebagai tanda hormat. Dlaam urusan tidak rasmi pula, gelaran yang digunakan haruslah bersesuaian dengan hubungan orang yang bercakap mengikut jarak sosial mereka.
iii. Penggunaan bahasa yang mementingkan hubungan sosial antara individu dalam sesebuah perbualan.
(Abdullah, 2017)
iv. Umur memainkan peranan dalam urutan perbualan.
- Cara memulakan dan mengakhiri perbualan:
Sebelum memulakan perbualan, sesorang seharusnya memberi salam. Perbualan selalunya diakhiri dengan penghargaan. Contohnya, menggunakan terima kasih sebelum mengakhiri perbualan.
- Giliran percakapan:
Faktor umur atau jarak sosial memainkan peranan dalam giliran percakapam. Seseorang seharusnya mendahulukan orang yang lebih tua. Semasa perbualan, jika seseorang ingin menyampuk, mereka sepatutnya membiarkan pembicara mengakhiri perbualan mereka ataupun, meminta maaf terlebih dahulu sebelum menyampuk.
click to edit