Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SAHSIAH TOKOH IMAM AL-GHAZALI - Coggle Diagram
SAHSIAH TOKOH IMAM AL-GHAZALI
LATAR BELAKANG
Nama sebenar: Abu Hamid Muhammad bin Muhamad bin Muhamad bin Ahmad al-Ghazali al-Tusi al-Shafi’e.
Tempat Lahir : Ghazalah, Parsi pada tahun 450H / 1058M
Dikenali dengan panggilan Al-Ghazali, Abu Hamid & Hujjatul Islam.
Merupakan tokoh ulama' besar dalam sejarah falsafah islam.
Wafat di tempat kelahirannya pada pagi Isnin 14 Jamadilakhir 505H / 19 Disember 1111M
PENDIDIKAN
Perjalanan al-Ghazali mencari ilmu dimulai menerusi pendidikan awalnya dalam lingkungan orang tuanya sendiri.
Beliau mempelajari al-Qur’an dan asas-asas ilmu agama dengan ayahnya dan kemudiannya berguru dengan Imam Ahmad bin Muhammad al-Razkani di pekan Tus. Beliau juga berguru dengan Yusuf an-Nassaj, seorang ahli sufi terkenal.
Imam al-Ghazali amat gemar mencatatkan apa sahaja yang dipelajarinya dan menyimpan setiap catatan itu sebagai sesuatu yang amat disayanginya.
Menyambung pengajian ke Jurjan dan berguru pula dengan Abu Nashr al-Ismaili dan as-Syeikh Ismail bin Saadah al-Ismail.
Setelah tiga tahun, Imam al-Ghazali telah pergi ke Nisyapur untuk melanjutkan pelajarannya di madrasah Nizamiyyah yang dipimpin oleh ulama Mazhab Syafie, Imam Haramyn al-Juwayni.
Beliau menetap di kota Jurjan selama 5 tahun, dan kembali ke tempat kelahirannya semula untuk menyebarkan ilmu yang telah beliau tuntut, terutamanya masalah-masalah fiqh.
KETOKOHAN
Ketokohannya sebagai seorang ulama besar mulai terserlah apabila menguasai pelbagai ilmu pengetahuan merangkumi ilmu mantik, falsafah dan fiqh mazhab Imam Syafie.
Keilmuannya meluas dalam pelbagai bidang ilmu:
✨ Falsafah
✨ Akidah
✨ Fiqh
✨ Ilmu Kalam
✨ Tasawuf
✨ Akhlak
✨ Mantiq
✨ Ulumul Quran
✨ Politik dan lain-lain.
SAHSIAH PERIBADI
Sangat kuat beribadat, wara, zuhud,dan tidak gemar kepada kemewahan, kepalsuan. kemegahan, dan kepuran-puraan serta mencari sesuatu untuk mendapat keredhaan dari Allah SWT.
Sebagai seorang pengkaji yang serius, al-Ghazali bukan sahaja menjadi penghafal tegar bahkan ikut menguji sejauh manakah kebenaran ilmu yang diperolehnya. Kebanyakan waktu digunakan untuk beruzlah (bertapa) dan khalwat, riadah (latihan) dan mujahadah diri, sibuk mensucikan dan menjernihkan hati dengan berzikir kepada Allah SWT serta beriktikad.
Beliau cuba mengkaji dengan mendalam dan mencari hakikat ajaran aliran sufi.
Mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak berhujjah. Ia digelarHujjatul Islam karena kemampuannya tersebut
Beliau menolak ajaran falsafah yang merosakkan
akidah.
Kebanyakan waktu digunakan untuk beruzlah (bertapa) dan khalwat, riadah (latihan) dan mujahadah diri, sibuk mensucikan dan menjernihkan hati dengan berzikir kepada Allah SWT serta beriktikad.
Sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir dan mengambara serta meninggalkan kesenangan hidup demi mencari ilmu pengetahuan.