Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kraf Kasut Manik Baba Nyonya - Coggle Diagram
Kraf Kasut Manik Baba Nyonya
Kegunaan
Digunakan oleh para pengantin Baba Nyonya di majlis perkahwinan mereka
Disulam oleh bakal pengantin perempuan untuk dipakai oleh beliau dan bakal pengantin lelaki di hari persandingan
Pada masa kini pemakaian kasut manik hanya tertumpu kepada kaum wanita sahaja
Kasut yang dihiasi dengan manik-manik pelbagai warna itu adalah merupakan kasut tradisi Baba Nyonya yang kerap dipakai untuk sebarang perayaan diadakan.
Ada sesetengah ahli masyarakat Baba Nyonya yang tidak pernah memakai kasut yang tidak mempunyai manik dan kulit yang asl
Lambang kekayaan dan status sosial seseorang itu
Pengenalan Pembuatan kasut manik
Seni sulaman halus 100% buatan tangan yang menarik
Kesenian halus ini diwarisi daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Ia dikenali sebagai kasut manik muka sejak zaman turun temurun
Reka bentuk bermotifkan ikan emas, haiwan dan serangga menjadi tema utama sulaman
Proses Membuat Kasut Manik
Bahan yang digunakannya ialah seperti benang,jarum khas, pemidang, kain polister, gunting, kertas patterndan manik
Proses awal pembuatan kasut manik bermula dengan mengetatkan kain pada pemidang dan ini memerlukan penggunaan plier dan pemutar skru
Kemudian, kertas patternakan dilekatkan pada pemidang dengan menggunakan gam.
Apabila gam telah kering, menyulam akan dimulakan.
Dalam proses menyulam, pemilihan warna dan corak memainkan peranan yang amat penting bagi menghasilkan sulaman yang cantik dan menarik
Sebelum para penyulam menyulam manik, mereka akan dilatih terlebih dahulu selama beberapa bulan bergantung kepada kecekapan mereka
Untuk manik halus,masa yang diambil lebih lama,iaitu hampir sebulan setengah. Manakala, manik kasar seawal 8 hari.
Apabila proses menyulam telah siap, beliau akan menghantar sulaman-sulaman tersebut kepada tukang kasut untuk dijadikan kasut manik
Tukang kasut akan membuat kasut berdasarkan saiz-saiz yang telah ditempah. Antaranya ialah saiz 5,6,7 dan 8. Beliau juga akan memastikan warna dasar yang perlu diguna, ketinggian tumit dan corak yang dipilih disampaikan kepada tukang kasut. Bahan-bahan yang sering digunakan untuk membuat tapak kasut ialah PVC, PU, kulit dan kain satin.
Setelah kasut manik dihasilkan, kasut tersebut akan melekatkan jenama sebelum dibungkus.
Kasut tersebut akan dimasukkan ke dalam plastik dan diletakkan di dalam kotak kasut. Selepas itu, kotak tersebut akan dibungkus dengan kertas minyak untuk menampakkan kekemasan tersebut.
Akhir sekali, proses penghantaran akan dilakukan melalui pos.
Harga kasut manik bermula dari RM150 ke atas
Link Title
Jenis Kasut Manik
Terompah yang sulaman maniknya hanya berbentuk tali jalur yang mempunyai ketebalan dua inci dan berbentuk menegak
jenis yang muka terbuka yangjari-jari kaki si pemakai akan kelihatan.
Tumitnya pula adalah lebih rendah berbanding terompah dan kebanyakannya digunakan untuk pemakaian di dalam bilik tidur ataupun dibawa keluar untuk berjalan-jalan.
Jenis yang bertutup yang semua permukaan kasut bertutup dan jari-jari kaki pemakainya tidak dapat dilihat