Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEMAHIRAN PENGAJARAN (SET INDUKSI), AHLI KUMPULAN - Coggle Diagram
KEMAHIRAN PENGAJARAN (SET INDUKSI)
KONSEP
Set induksi adalah sebahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk menarik minat dan menyediakan pelajar lebih memberi tumpuan dan fokus kepada PdP yang hendak disampaikan (Chin Mei Kong, Liza Isyqi Ramli, Rafidah Ruhani & Salmawati Mohd Diah, 2023)
Set induksi adalah tindakan dan penyataan guru yang bertujuan menghubungkan pengalaman murid dengan objektif-objektif dalam sesuatu pelajaran. induksi juga dijadikan sebagai pemanas minda bagi para guru dan murid sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (Sherly Sandy et al., 2021)
Set induksi merupakan bahagian permulaan pengajaran atau pendedahan awal yang digunakan oleh guru dalam masa 3 hingga 5 minit untuk menarik minat, menggugat perasaan ingin tahu, mengekalkan perhatian murid, menggerakkan struktur kognitif pelajar bagi menjana idea secara kritis dan kreatif berdasarkan pengalaman sedia ada. (Eee Ah Meng, 1997)
KOMPONEN DALAM KEMAHIRAN SET INDUKSI
Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankan, mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid.
Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, pelajaran boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997)
Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Contohnya, guru yang mengajar jenis-jenis sayur dan membincangkan ciri-ciri umum sayur-sayuran tersebut.
Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, "cikgu nak kamu beritahu cikgu dekat Malaysia apa mercu tanda negara yang kamu tahu?"
PRINSIP
Bagi memastikan set induksi yang dirancang terlaksana dengan berkesan, seseorang guru haruslah memastikan set induksi tersebut dapat
menarik minat murid
,
bersesuaian dengan pengalaman
,
kebolehan dan umur murid
,
berkaitan dengan isi pelajaran yang akan disampaikan
dan
seiring dengan pengalaman sedia ada murid
(Ee Ah Meng (1987))
KESAN
Set induksi yang sesuai mampu menjentik diri murid untuk bergiat aktif dalam pembelajaran baharu (Ishak et al., 2012)
Murid mempunyai tanggapan yang positif terhadap guru tersebut kerana seorang guru yang berkebolehan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok lebih disukai oleh murid-murid.
Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan
Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.
Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi dengan Persoalan yang diajukan oleh guru (Mardhiyana & Sejati, 2016)
KEPENTINGAN
Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik serta rasa timbul minat murid untuk mengetahun pelajaran yang akan disampaikan selepas itu.
Mengubah dan membina aliran serta tumpuan ffikiran pelajar daripada pelajaran yang sebelumya kepada baru
Dapat menarik perhatian pelajar kepada pelajaran yang baru, ia juga mampu menarik minat dan merangsang perasaan ingin tahu dikalangan pelajar
Fungsi penggunaan set induksi dalam bilik darjah ialah untuk menyediakan pelajar untuk aktiviti seterusnya. ini kerana set induksi berperanan menarik minat pelajar dan seterusnya mengekalkan minat pelajar untuk mengikuti aktiviti pembelajaran yang seterusnya oleh guru
memberi ruang kepada guru melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti yang akan dilaksanakan saling ada perkaitan dengan langkah-langkah pelajaran yang seterusnya.
AHLI KUMPULAN
HARNINA
FARAH
DINI