Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Implikasi Perkembangan Fizikal Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran -…
Implikasi Perkembangan Fizikal Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Peringkat kanak-kanak (7 hingga 11 tahun)
Ibu bapa harus memastikan anak-anak menerima pemakanan yang seimbang serta pengalaman cara hidup yang sihat. Hal ini supaya pembesaran anak-anak adalah normal.
Ibu bapa dan guru haruslah peka dengan personaliti kanak-kanak pada usia ini. Kanak-kanak perlu diajar dan dibimbing dengan betul tentang perkembangan kejantinaan supaya dapat membantu mereka mengembangkan identiti diri yang positif.
Ibu bapa dan guru perlu mengamalkan sikap demokratik semasa berinteraksi dengan anak-anak. Hal ini supaya mereka selesa dengan ketegasan dan disiplin yang ditonjolkan oleh ibu bapa atau guru.
Guru perlu menggalakkan kerjasama dan perkongsian dalam kalangan kanak-kanak melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini supaya kanak-kanak dapat membina hubungan interpersonal yang positif
Awal kanak-kanak (2-6 tahun)
Setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan fizikal yang berbeza-beza. Oleh itu, ibu bapa dan guru harus menerima dan tidak membandingkan mereka dengan yang lain.
Kanak-kanak memerlukan bantuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, ibu bapa atau guru perlulah memberi galakan supaya mereka dapat berdikari dan mempunyai rasa yakin diri.
Ibu bapa dan guru mestilah bijak dalam menyediakan suasana pembelajaran yang seronok dan kondusif. Misalnya, menyediakan pelbagai aktiviti permainan dan aktiviti penerokaan di luar bilik darjah.
Kanak-kanak amat digalakan untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran psikomotor halus. Hal ini supaya kemahiran psikomotor mereka meningkat malah mereka akan berasa seronok dan puas apabila berjaya melakukannya. Misalnnya, melukis.
Peringkat Awal Remaja (12-16 tahun)
Remaja ilah peringkat umur di mana seseorang individu mulai dewasa dan sudah akil baligh.Ciri umum bagi seorang remaja ialah perubahan bentuk-bentuk badan dan hormon.
Perkembangan itu juga bukan hanya merujuk kepada perkembangan fizikal malah turut melibatkan perkembangan daya berfikir, tingkah laku, penyesuaian dengan persekitaran, kematangan bertindak dan membuat pilihan
Remaja berupaya menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak, mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri, mengaplikasikan prinsip untuk menyelesaikan masalah, membentuk hipotesis.
Perkembangan fizikal. Pertumbuhan fizikal ketika awal remaja ini akan membezakan perempuan dan lelaki. Misalnya, payudara pada perempuan.
Perkembangan sosial. Lebih minat bergaul dengan rakan sama jantina. Mula menyedari dan memaikan peranan dalam persahabatan agar diterima oleh rakan sebaya
Perkembangan Akhir Remaja (16-21Tahun)
Perkembangan mental pada peringkat akhir remaja terus berlaku dan mereka sudah berupaya memikirkan perkara-perkara yang abstrak.
Perkembangan Emosi
Kebanyakan remaja pada peringkat ini mengalami tekanan dan ketegangan dalam dirinya dan keluraga kerana memerlukan kebebasan tetapi pada masa yang sama mereka berasa berhutang budi kepada ibu bapa yang telah menyokong mereka dari pelbagai aspek.
Perkembangan Sosial. Pengaruh rakan sebaya akan menentukan jenis interaksi atau pergaulan remaja. Jika remaja diterima oleh rakan, mereka rasa lebih yakin dan ini akan membantu mereka membentuk konsep kendiri yang positif
Perkembangan fizikal. Pertumbuhan mencapai tahap maksimum. Pertumbuhan dapat dilihat pada rangka tulang, struktur saiz badan, otot-otot. Mka bentuk badan menyerupai orang dewasa.