Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA DARI PELBAGAI AGAMA, TUTORIAL MINGGU 3 - Coggle…
ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA DARI PELBAGAI AGAMA
ISLAM
Kejadian manusia bermula apabila saripati air mani disatukan dalam rahim. Kemudian titiasan itu menjadi Alaqah.
Alaqah terbahagi kepada 3 maksud iaitu pembekuan darah, digantung dan lintah di mana ketiga tiga maksud ini berkait rapat dalam menerangkan tentang sifat embrio.
Embrio boleh digambarkan sebagai ketulan darah beku dan ianya bersambung dengan tangkai yang terbentuk selepas pembentukan embrio dan mepunyai struktur seperti lintah.
Kemudian Alaqah ini bertukar menjadi seketul benjolan, seterusnya menjadi tulang. Tulang itu kemudian disaluti dengan daging akhirnya membesar dan mengembang sehingga terbentuknya jasad manusia.
BUDDHA
Dalam agama Buddha dipercayai terdapat proses kelahiran semula
Di dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi kita ini semuanya terdiri dari air dan gelap gelita.
· Makhluk-makhluk pun tidak dibezakan lelaki atau perempuan.
· Mereka memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa. Setelah waktu lama sekali, tanah dengan sarinya muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu tawon mumi.
· Makhluk-makhluk yang serakah mulai mencicipi tanah itu dan tengiur akan sari tersebut.
· Lalu, tubuh mereka memadat dan dan bentuknya ada yang indah dan ada yang buruk sesuai dengan takaran mereka makan sari tanah.
· Mereka yang indah memandang rendah dengan bentuk tubuhnya yang jelek.
· Setelah waktu yang lama, sesuai dengan acuan mereka makan, maka tubuh mereka telah menjadi padat dan perbezaan bentuknya kelihatan lebih jelas. Yang lelaki jelas kelakiannya dan yang wanita jelas kewanitaannya.
· Kemudian mereka saling memperhatikan keadaan diri antara satu sama lain dan kerana tumpuan perhatian yang semakin mendalam, keinginan pancaindera telah membakar mereka dan seterusnya.
KRISTIAN
Kitab suci Bibble iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang diciptakan oleh Tuhan ialah daripada debu tanah. Sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis (2:7): "then the LORD God formed man from the dust of the ground...."
· Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir.
· Adam Pertama disebutkan sebagai "Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya.
· Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.
· Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa dan dosa ini dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dilakukan oleh Adam.
· Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut.
· Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan dihadapannya.
TUTORIAL MINGGU 3