Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ISU DAN CABARAN TENTANG PERTIMBANGAN DALAM PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI…
ISU DAN CABARAN TENTANG PERTIMBANGAN DALAM PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI SECARA BERMAKNA DALAM PDP
Definisi Pengintegrasian Teknologi Dalam Pendidikan : Penggunaan teknologi bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar menggunakan pelbagai jenis teknologi di bilik darjah atau bilik kuliah maya menjadikan pelajar terlibat secara aktif dengan objektif pembelajaran.
Cara Mengintegrasikan Teknologi dalam Bilik Darjah : Pembentangan elektronik, tugasan kerja rumah diberikan secara dalam talian, sistem penggredan dalam talian dan permainan atau pengajaran di dalam bilik darjah menggunakan teknologi seperti slaid, audio atau video
ISU-ISU
Kekurangan prasarana dan bahan sokongan
Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia di sekolah agar murid-murid di sekolah tidak buta akan teknologi kini.Ini kerana murid perlu didedahkan dengan awal mengenai setiap teknologi yang ada pada masa kini agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan seronok.
Bahan-bahan sokongan lain seperti buku panduan atau manual pengguna, juruteknik komputer dan guru pakar juga perlu ada di sekolah supaya dapat memudahkan pihak guru dan juga murid-murid semasa menggunakan sebarang alat teknologi.
Peningkatan frasana dan bahan sokongan teknologi adalah penting untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah.
Pembelajaran murid mungkin terbatas kerana tidak dapat mengakses sumber pendidikan digital yang berkualiti , menghadkan pengalaman pembelajaran mereka.
Kurang guru yang mahir dan terlatih dalam bidang ICT di sekolah.
Guru haruslah meninggalkan kaedah PdP yang lama seperti yang diamalkan sebelum ini dan menggantikannya dengan kaedah baru yang mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK) dalam PdP.
Pemikiran positif tentang penggunaan teknologi perlu wujud dalam kalangan guru di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini.
Misalnya, sistem pendidikan pada pasca covid-19 menjadi satu isu dalam pendidikan Falsafah.
Pada pasca covid-19, PdP yang sebelum ini dijalankan secara bersemuka ditukar kepada PdP secara dalam talian. Ini menyebabkan guru-guru yang belum mahir ICT perlu mengambil masa untuk menerokai aplikasi-aplikasi atau sistem di dalam talian bagi menjalani PdP secara dalam talian.
Kajian yang dilakukan oleh KPM juga menunjukkan bahawa hampir 30 peratus murid tidak bersedia sepenuhnya untuk menjalani PdP secara dalam talian yang disediakan oleh guru-guru pada ketika itu.
CABARAN-CABARAN
Kesedian Murid
Terlibat dalam pembelajaran secara aktif dalam bilik darjah
Murid berperanan mengoptimumkan semua kemudahan teknologi di sekolah
Minat terhadap TMK
Kesediaan guru dan murid.
Guru dan pelajar berperanan untuk mengoptimumkan semua kemudahan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di sekolah.
Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif semasa proses PdP berlangsung dan pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru semasa proses PdP.
Guru harus membuat persediaan dengan cara meneliti latar belakang murid dalam aspek penggunaan teknologi bagi memudahkan proses penggunaan teknologi semasa PdP berlangsung.
Pelajar harus mewujudkan minat dalam diri mereka terhadap pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi.