Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ASAL USUL BAHASA MELAYU - Coggle Diagram
ASAL USUL BAHASA MELAYU
Asal Usul bahasa Melayu
Dalam pengertian luas, istilah "melayu" ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung tanah melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut gugusan pulau-pulau melayu.
Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.
Penggunaan istilah melayu yang lebih am ialah merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa melayu yang mendiami di semenanjung tanah melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang berdekatan
Asal Usul Bangsa Melayu
Terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa melayu iaitu (a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan ), dan (b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara).
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Rumpun Bahasa Melayu
Bahasa melayu ialah tergolong dalam Rumpun Austronesia yang mana terletak dalam Keluarga Nusantara. Rumpun bermaksud berkongsi budaya dan bahasa yang sama.
-