Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FONETIK DAN FONOLOGI - Coggle Diagram
FONETIK DAN FONOLOGI
Takrif
Fonetik :
- Fonetik berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'bunyi' atau 'suara' yang merupakan kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori dan persepsi neurofizikal.
- Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya. Manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinanpengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
- Secara ringkasnya, menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.
Fonologi :
- Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut.
- Fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organtubuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.
- Fonologi (daripada Greek iaitu "suara", "bunyi", "perkataan", "pertuturan", "subjek perbincangan" yang merupakan kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Perbezaan
- Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut. Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini.
- Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Fonem merupakan istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar".
- Sebagai rumusan, didapati kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang fonetik, baharulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna. Dengan demikian dapat dilihat bahawa fonetik dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis pemisah antara kedua-duanya adalah kurang jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya.
-