Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SEJARAH SEKOLAH VERNAKULAR CINA DAN INDIA DI TANAH MELAYU - Coggle Diagram
SEJARAH SEKOLAH VERNAKULAR CINA DAN INDIA DI TANAH MELAYU
PENGENALAN KEPADA SEKOLAH VERNAKULAR
Sekolah vernakular merupakan sekolah yang menggunakan sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar utama di sekolah.
Sekolah vernakular ini bermula apabila British kembali semula ke Tanah Melayu dengan membawa sistem pendidikan yang diperbaharui semula mengikut budaya pendidikan zaman Inggeris.
British telah memperkenalkan sistem pendidikan dimana terbentuknya lima bentuk sekolah antaranya sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular India dan sekolah agama.
Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British ini sebenarnya bersifat kepada unsur-unsur perkauman kecuali sekolah Inggeris
Disebabkan sekolah vernakular ini berorientasikan kaum, ia menyebabkan sekolah-sekolah tersebut menggunakan bahasa ibunda masing-masing untuk dijadikan sebagai bahasa pengantar utama.
Bukan itu sahaja, kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing serta sukatan dan buku teks juga diambil dari negara asal malahan para pendidik juga diambil dari negara asal.
SEKOLAH VERNAKULAR CINA
Pendidikan bagi masyarakat Cina dikuasai oleh kumpulan-kumpulan Cina yang terlibat dengan aktiviti perlombongan. Mereka mendapat bantuan dana daripada sistem kongsi serta pertubuhan orang Cina yang bertanggungjawab melantik gutu berketurunan Cina dengan setiap pelajar dikenakan yuran dalam kadar minima.
KEDATANGAN PIHAK BRITISH
Sebelum kedatangan pihak British, masyarakat yang menguasai Tanah Melayu pada ketika itu ialah kaum Melayu. Selepas kedatangan pihak British, maka berlakunya kuasa kolonial British sehingga menyebabkan pekerja berlainan kaum dari China dan India masuk ke Tanah Melayu sebagai tenaga kerja pada masa itu.
Pada mulanya, penetapan pekerja asing tersebut adalah sementara namun saban tahun berlalu telah menyebabkan pekerja-pekerja tersebut enggan kembali semula ke negara asal mereka dan ingin terus menetap di Tanah Melayu. Maka dengan itu, berlakunya kepelbagaian kaum di Tanah Melayu pada masa itu di mana bukan kaum Melayu sahaja yang ada bahkan kaum India dan Cina juga ada.
Oleh itu, bagi membantu kumpulan kaum tersebut dalam bidang pendidikan maka British mula membuka sekolah mengikut kaum bagi memastikan tahap pendidikan mereka dan anak-anak tidak ketinggalan.
SEKOLAH VERNAKULAR INDIA
Jika dilihat dari aspek kemampuan kewangan, masyarakat India pula bergantung dengan dana serta tenaga kerja daripada gerakan penyebaran agama Kristian berbanding dengan masyarakat Cina yang mendapat daripada sistem kongsi dan pertubuhan orang Cina.
Tidak seperti masyarakat Cina yang membawa masuk guru dari negara mereka , Orang India tidak mempunyai kemampuan kewangan serupa. Guru-guru dilantik oleh pemilik estet kebanyakannya tidak mempunyai kemahiran mendidik.kebanyakan guru dipilih daripada individu yang berkhidmat sebagai pegawa pekerja ibarat mandor atau supervisor mereka.