Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESULTANAN MELAYU MELAKA - Coggle Diagram
KESULTANAN MELAYU MELAKA
KEGEMILANGAN
POLITIK
SUSUN LAPIS PEMERINTAHAN MELAKA
Golongan pemerintah tergolong daripada Raja atau Sultan,kerabat diraja dan para pembesar.
Golongan yang diperintah pula terdiri daripada artisan,para pedagang,rakyat biasa dan hamba.
Pengalaman semasa menjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang skema untuk memajukan Melaka.
Sistem pembesar empat lipatan : Bendahara , Temenggung , Penghulu Bendahari & Laksamana.
PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG MELAKA
Hukum Kanun Melaka
Hukum Kanun Melaka ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat.
Semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, Hukum Kanun Melaka ditukar berdasarkan Hukum Hudud.
Undang-undang Islam hanya dilakukan kepada orang Islam manakala bangsa lain akan dihukum mengikut agama atau adat masing-masing.
Undnag-Undang Laut Melaka
Diwujudkan untuk melancarkan urusan perdagangan di Selat Melaka.
Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut.
Mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.
HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN CHINA
Melaka mendapat perlindungan daripada China.
Menjamin keselamatan Melaka daripada ancaman Siam.
Laksamana Cheng Ho yang diutuskan oleh kerajaan China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk singgah di Siam dahulu yang bertujuan untuk memberi amaran kepada Siam supaya tidak menyerang dan mengancam Melaka kerana Melaka telah diiktiraf dibawah naungan China.
EKONOMI
Aktif dalam perdagangan timur dan barat yang berkait rapat dengan saranan Islam yang menegaskan aktiviti ini merupakan sumber rezeki yang besar,
Kemesatkan proses pengislaman di Melaka hingga menjadi pusat perdagangan yang penting pada abad ke 15.
Kaedah pertukaran barang dan penggunaan mata wang logam.
Pentadbiran yang licin dan teratur menyediakan pelbagai kemudahan kepada pedagang asing dan menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar.
MATA WANG : mata wang timah berbentuk bulat dan beratnya ialah satu kati lapan tahil dengan nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatat.
Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay digunakan di Melaka serta boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan.
PEDAGANG
Diwajibkan membayar cukai terhadap barang dagangan mereka sebelum urusan perniagaan dapat dilakukan.
Pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta yang disimpan.
Para pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah barangan yang dibawa.
Pedagang dari Jepun dan China : membayar cukai sebanyak lima peratus.
Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus dan orang asing sebanyak enam peratus.
PENDIDIKAN
PENDIDIKAN TIDAK FORMAL
Merupakan pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga.
Menekankan pengajaran nilai-nilai moral serta pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
Contoh : bidang pertanian, perikanan, kraftangan atau pertukangan.
Penekanan : agama, kelakuan dan adat resam, sikap bersopan santun, cara berkawan dan cara menjaga maruah.
Menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki dan pepatah.
Mempelajari pantang-larang dan adat istiadat melalui pergaulan social.
PENDIDIKAN FORMAL
Pendidikan di Rumah :
Di masjid dan surau kanak-kanak diajar dengan ilmu yang lebih formal seperti fikah, tajwid, cara dan bacaan dalam sembahyang serta perkara yang wajib diketahui oleh orang Islam.
Penekanan kepada pengajaran al-Quran.
Sistem Pendidikan Pondok :
Sistem pendidikan tersusun.
Pelajar-pelajarnya akan mengambil masa yang panjang, sehingga 10 tahun sebelum menamatkan pengajian mereka. Ilmu yang dipelajari seperti fekah, tafsir, saraf, nahu Arab, tauhid, sirah, mantiq dan tawarikh Islam.
Sistem Pendidikan Madrasah :
Pendidikan : mengikut tahap, iaitu tahap permulaan dan pendidikan madrasah ini diawasi oleh mudir, iaitu guru besar.
Perjalanan diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.
Istana
Istana berperanan sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang disimpan di istana Melaka.
Istana sebagai pusat pendidikan yang berkaitan dengan hal pentadbiran negara dan sistem politik.
KEGEMILANGAN
EMPAYAR YANG LUAS :
Cara Pembentukan Empayar : Penaklukan , Perkahwinan & Naungan
Kepentingan :
Politik : meluaskan wilayah & jajahan takluk
Sosial : wujud masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku dan bangsa.
Ekonomi : menguasai perdagangan di Selat Melaka.
Agama : Islam telah berkembang luas ke Pahang , Kelantan , Perak , Timur Sumatera & Pattani.
PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM :
Pengislaman Pemerintah : Sultan Muzaffar Shah telah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka.
Peranan Ulama & Mubaligh : Pemerintah Melaka menghantar ulama dan mubaligh ke seluruh kawasan pengaruhnya.
Perluasan Kuasa : Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka.
PUSAT PERDAGANGAN :
Kedudukan Strategik : Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dengan China.
Pusat Pengumpulan & Pengedaran Pelbagai Barangan : Barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah benang emas, kain pelikat, tembikar, dan bahan makanan.
Dikunjungi Pedagang dari Dalam & Luar Alam Melayu : Pelabuhan Melaka juga dikunjungi oleh pedagang dari, Parsi, Turki, Mesir, Luzon, Ceylon, Burma, Kemboja, dan Annam.
PENGURUSAN PERDAGANGAN :
Syahbandar (Urusan Perdagangan) : Tugas syahbandar ialah mengurus pasar dan gudang, menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang.
Cukai Perdagangan : Pengurusan cukai pelabuhan yang rendah menarik minat pedagang ke Melaka.
Mata Wang : Perdagangan tukar barang berlaku antara barangan dari China dan Alam Melayu dengan barangan dari Barat dan India.
Orang Laut (Tentera perairan Melaka): Tugas orang laut ialah memastikan urusan perdagangan dapat dijalankan tanpa gangguan
KEMEROSOTAN
KELEMAHAN KEPIMPINAN :
Kelemahan Pentadbiran Tun Mutahir :
Tun Mutahir bersikap pilih kasih dan timbul perasaan iri hati di kalangan pembesar lain terhadap beliau.
Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka.
Sultan Melaka menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya.
Kelalaian Pemerintah Sultan Majmud Shah :
Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah.
Melantik Tun Perpatih Putih yang uzur dan tepok sebagai Bendahara.
Amalan rasuah dan fitnah berlaku secara berleluasa.
Sistem cukai yang sedia ada tidak diamalkan menyebabkan pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani, dan Brunei.
KELEMAHAN ASKAR MELAKA :
Askar Melaka menggunakan keris, panah, sumpit beracun, perisai, tombak dan senjata tradisional yang lain semasa menghadapi serangan Portugis tetapi senjata yang digunakan oleh Portugis adalah lebih baik.
Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap seperti Portugis. Askar Portugis lebih terlatih daripada askar-askar Melaka.
Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India.
Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri.
MASALAH PERPADUAN
Pelantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka telah menimbulkan semula
persaingan antara orang Mela!u dengan orang India Muslim untuk mendapatkan pengaruh.
Persaingan ini berpunca daripada amalan pilih kasih dalam pentadbiran :
• Perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir
• Raja Mendeliar yang memfitnah Tun Mutahir uba mengatasi keka!aan sultan
KEDATANGAN PORTUGIS
Faktor utama kejatuhan Melaka adalah serangan tentera Portugis yang dipimpin oleh Afonso de Albuquerque pada tahun 1511. Tentera Portugis yang berpengalaman dalam penjelajahan dan penaklukan laut telah menjadikan Melaka sebagai sasaran utama mereka dalam usaha untuk menguasai laluan perdagangan rempah-rempah di Asia Tenggara.