Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Falsafah Dalam Kehidupan - Coggle Diagram
Falsafah Dalam Kehidupan
Dimensi Falsafah :Praktikal
Konsep : Membincangkan disiplin tertentu yang mempersoalkan tentang sesuatu bidang yang mempunyai aplikasi yang jelas misalnya bidang ekonomi, politik, etika dan peradaban
Matlamat : Untuk menyelesaikan masalah yang bersifat praktikal seperti isu-isu etika, keadilan, politik & ekonomi
Pemerhatian : perkara yang nampak secara jelas dengan mata kasar
Perbincangan : mempersoalkan gentang sesuatu bidang yang mempunyai aplikasi yang jelas
Tumpuan penyelidikan : Tingkah laku manusia dan perbuatan manusia
Aksiologi ( Estetika & nilai )
Ilmu tentang teori nilai
teori yang mengkaji tentang makna nilai, kewujudannya, sumber dan asal usulnya serta kepentingannya
Membahaskan tentang isu etika dan estetika
Etika membincangkan tentang baik buruknya tingkah laku manusia manakala estetika membahaskan mengenai keindahan sesuatu perkara
Nilai tidak boleh diamati. Persoalan nilai adalah persoalan penghayatan, perasaan dan kepuasan.
Berkait langsung dengan kehidupan manusia dan menjadi panduan untuk kehidupan yang bermakna dan sejahtera
Politik
untuk memberikan nasihat dan panduan yang baik dalam hal-hal berkaitan kerajaan dan pentadbiran negara.
Ekonomi
membincangkan perkara dan persoalan dasar mengenai ekonomi seperti keadilan dan kesaksamaan ekonomi
Peradaban
pemikiran tentang keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur serta pencapaian yang signifikan dalam bidang pemikiran, material dan spiritual
Dimensi Falsafah : Teoritikal
Konsep : Falsafah yang merujuk kepada persoalan-persoalan dasar yang memerlukan satu usaha intelektual yang mendalam untuk menjawabnya.
Matlamat : untuk memahami hakikat tentang kewujudan kebenaran yang berkaitan dengan Tuhan, alam semesta dan manusia.
Pemerhatian : Perkara yang tidak nampak secara jelas dengan mata kasar
Perbincangan : Untuk memenuhi keinginan mengetahui sesuatu perkara yang dasar dan bersifat intelektual, serta membantu seseorang untuk memahami cara dan arah manusia berfikir.
Tumpuan Penyelidikan : Hubungan manusia dengan Tuhan & Alam semesta
Metafizik
Falsafah yang menjelaskan bahawa ruang lingkup /wilayah cakupan falsafah bukan hanya terbatas pada persoalan alam fizikal malah turut menjangkau alam metafizik / supernatural
Persoalan di luar realiti kebendaan dan yang tidak diketahui melalui pengalaman fizikal ( pancaindera ) manusia
Tema persoalan : Ketuhanan, takdir, jiwa/roh, akal & jasad, keabadian dan perubahan, asal mula dan akhir sesuatu dll.
Epistemologi
Teori pengetahuan yang benar
Membahaskan tentang hakikat, sumber dan kesahan sesuatu ilmu
Melibatkan upaya rasional untuk menimbang dan menentukan nilai kognitif pengalaman manusia dalam interaksinya dengan diri dan lingkungan sekitarnya.
Bersifat evaluatif, normatif ( ada peraturan & standard ) dan kritis.
Berupaya mempengaruhi peradaban manusia
Logik
Berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'logos' yang bermaksud : fikiran, idea, hujah, alasan atau prinsip
Pengajian tentang prinsip kesasihan sesuatu sama ada secara inferens iaitu sesuatu yang sudah diketahui secara tidak langsung / empiris ( sesuatu yang diketahui setelah dijalankan kajian )
Untuk membezakan antara hujah yang betul / salah
Hubungan disiplin falsafah dengan kehidupan manusia
Falsafah adalah satu proses / usaha mencari kebenaran secara terus menerus berkaitan setiap aspek dalam kehidupan manusia
Hampir tiada bidang yang tidak disentuh oleh falsafah
Perbincangan dalam bidang falsafah merentasi pelbagai bidang dan mampu menyediakan asas kukuh untuk memudahkan perjalanan kehidupan manusia dan keharmonian alam
Falsafah memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia