Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Falsafah dalam Kehidupan - Cabang Falsafah - Coggle Diagram
Falsafah dalam Kehidupan - Cabang Falsafah
Teoritikal
Epistemologi
Teori pengetahuan yang benar.
Membahaskan tentang hakikat, sumber dan kesahan sesuatu ilmu.
Melibatkan upaya rasional untuk menimbang dan menentukan nilai kognitif pengalaman manusia dalam interaksinya dengan diri dan lingkungan sekitarnya.
Bersifat evaluatif, normatif (ada peraturan dan standard) dan kritis.
Berupaya mempengaruhi peradaban manusia kerana setiap peradaban dibentuk oleh teori pengetahuannya yang mendorong pemikiran manusia tentang bagaimana cara membangunkan sesuatu visi mengikut konteks masing-masing.
Logik
Berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘logos’ yang bermaksud fikiran, idea,hujah, alasan atau prinsip.
Pengajiaan tentang prinsip kesahihan sesuatu sama ada secara inferens iaitu sesuatu yang sudah diketahui secara tidak langsung atau pun empiris iaitu sesuatu yang diketahui setelah dijalankan kajian.
Untuk membezakan antara hujah yang betul dan salah.
Perkara yang tidak nampak secara
jelas dengan mata kasar.
Untuk memenuhi keinginan mengetahui sesuatu perkara yang dasar dan bersifat intelektual, serta membantu seseorang untuk memahami cara dan arah manusia berfikir.
Hubungan manusia dengan Tuhan dan alam semesta.
Praktikal
Aksiologi (Estetika dan Etika)
Ilmu tentang teori nilai.
Teori nilai mengkaji tentang makna nilai, kewujudannya, sumber dan asal usulnya dan kepentingannya.
Membahaskan dua komponen utama iaitu isu etika dan estetika.
Etika membincangkan tentang baik buruknya tingkah laku manusia manakala estetika membahaskan mengenai keindahan sesuatu perkara.
Nilai bukanlah suatu fakta yang boleh ditangkap oleh pancaindera. Persoalan nilai adalah persoalan penghayatan, perasaan dan kepuasan.
Berkait langsung dengan kehidupan manusia dan menjadi panduan untuk kehidupan yang bermakna dan sejahtera.
Perkara yang nampak secara
jelas dengan mata kasar.
Persoalkan tentang sesuatu bidang yangmempunyai aplikasi yang jelas.
Tingkah laku dan perbuatan
manusia