Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP SAINS TAHUN 3 UNIT 4: HAIWAN , CIRI-CIRI BAHAN PEMBELAJARAN DIGITAL…
DSKP SAINS TAHUN 3 UNIT 4: HAIWAN
OBJEKTIF
2) Menjelaskan contoh tabiat pemakanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor
1) Mengelaskan haiwan mengikut tabiat pemakanan
3) Membandingkan kegigian haiwan herbivor, karnivor dan omnivor dengan makanan yang dimakan
STRATEGI
Berpusatkan pelajar
Penerangan
Penceritaan - video
Perbincangan secara berkumpulan dan aktiviti 'game'
Kuiz kefahaman
Bahan
Powtoon
Alat tulis
Video
AHLI KUMPULAN 11
NURIAH BINTI KADIR (P134515)
CHE NURDIENATUL SOFINA BINTI CHE MAHADI (P134566)
MUHAMMAD ARIF NAJMI BIN KHAIRUDDIN (P134609)
MUHAMMAD HASHRIQ BIN HASIMI (P134611)
NURUL AINA IKMAL BINTI AMALUDDIN (P134520)
HASIL PEMBELAJARAN
2) Murid dapat menyatakan contoh tabiat pemakanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor
1) Murid dapat mengelaskan haiwan berdasarkan tabiat pemakannya
3) Murid dapat membandingkan kegigian haiwan herbivor, karnivor dan omnivor dengan makanan yang dimakan
STORYLINE
VIDEO PENGENALAN
Pada waktu cuti sekolah, Ayah telah membawa Afi dan Fifi ke Zoo. Mereka melihat pelbagai jenis haiwan antaranya harimau, gajah, rusa, beruang, ikan, dan sebagainya.
VIDEO KANDUNGAN 1
Sedang asyik Afi dan Fifi memerhatikan haiwan- haiwan tersebut, ayah meminta mereka memberikan pandangan terhadap hasil pemerhatian mereka. Fifi memberitahu dia tertarik melihat gelagat beberapa ekor Rusa yang sedang meragut rumput. Afi pula tertarik dengan Harimau yang sedang diberi makan daging oleh petugas zoo. Afi dan Fifi segera bertanya pula kepada ayah mereka mengapa haiwan- haiwan ini memakan makanan yang berbeza. Setelah itu, ayah menerangkan bahawa haiwan tersebut dapat dikelaskan mengikut tabiat pemakanan mereka. Terdapat tiga jenis tabiat pemakanan haiwan iaitu Herbivor, Karnivor dan Omnivor. Ayah menerangkan kepada mereka tentang perbezaan ketiga- tiga jenis tabiat pemakanan tersebut.
PENUTUP
Ayah meminta Afi dan Fifi menjelaskan setiap gambar yang mereka lukis di atas kertas.
VIDEO KANDUNGAN 2
Setelah pulang ke rumah daripada Zoo, ayah meminta Afi dan Fifi melukis haiwan- haiwan yang mereka lihat di Zoo mengikut pengkelasan makanan. Ayah memberikan mereka 3 helai kertas dimana setiap satu kertas mewakili setiap jenis pemakanan iaitu Herbivor, Omnivor dan Karnivor.
VIDEO KANDUNGAN 3
Ayah turut menerangkan kepada Afi dan Fifi bahawa haiwan juga dapat dibezakan dengan melihat ciri khas yang lain iaitu kegigian mereka. Ayah menerangkan bahawa haiwan karnivor mempunyai gigi taring yang lebih tajam berbanding dengan haiwan lain kerana gigi taring tajam dapat memudahkan haiwan karnivor untuk mengoyak daging yang mereka makan. Haiwan Herbivor pula mempunyai gigi kacip yang kuat untuk memotong tumbuh- tumbuhan. mereka juga mempunyai geraham yang besar. Haiwan Omnivor pula mempunyai gigi kacip untuk memotong makanan dan mempunyai gigi geraham untuk melumatkan makanan.
TEORI KOGNITIF
Kognitif melibatkan proses pemikiran yang membolehkan manusia memperoleh pengetahuan, mengesan, menyimpan, mencapai dan mengingat semula maklumat yang telah diterima
Jenis gaya pembelajaran:
Auditori
(menerima maklumat dari pendengaran)
Visual
(menerima maklumat dari penglihatan)
JADUAL GERAK KERJA
Minggu 1: Perbincangan topik/ Pembahagian tugas/ Perbentangan idea awal
Minggu 2: Meneliti kaedah pembuatan video
Minggu 3: Membuat pembetulan dan penyemakan video
KONSEP DAN APLIKASI YANG AKAN DIGUNAKAN
Powtoon
Canva
Capcut
SUMBER RUJUKAN
https://online.anyflip.com/aqlbx/gbqg/mobile/
DSKP
Youtube myGURU: Tahun 3 Sains Tabiat Pemakanan Haiwan
CIRI-CIRI BAHAN PEMBELAJARAN DIGITAL (BPD)
Penggunaan medium seperti animasi video, grafik, audio dan warna dapat menarik minat dan fokus pelajar
Penggunaan bahan yang melibatkan 'game' dapat melihat penglibatan pelajar