Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pandangan Ahli Falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap Sumber Ilmu dan…
Pandangan Ahli Falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap Sumber Ilmu dan Pendidikan
BARAT
BUKU DAN PENULISAN
Pengarang seperti Johannes Gutenberg membuka akses yang lebih mudah kepada pengetahuan melalui percetakan buku. Ini mempengaruhi pemahaman dan penyebaran ilmu di Barat.
FALSAFAH YUNANI
Plato dan Aristotle berpendapat bahawa falsafah dan pemikiran rasional adalah sumber utama pengetahuan. Plato menganggap pendidikan sebagai pembangunan watak moral dan intelek, manakala Aristotle menekankan logik dan akal sebagai alat utama dalam mencari ilmu.
PEMERHATIAN EMPIRISISME
George Berkeley
Berkeley mengembangkan pandangan empirismenya dengan teori "idealisme subjektif". Beliau berpendapat bahawa objek fizikal hanya mempunyai kewujudan dalam minda manusia. Konsep objek fizikal bergantung pada pengalaman indera dan tidak ada realiti di luar pengalaman ini. Ini membawa kepada pandangan bahawa semua yang wujud adalah pengalaman atau idea.
John Stuart Mill
Mill adalah ahli falsafah dan ekonomi dari England yang memperluas gagasan empirisme melalui teori utilitarianisme. Beliau berpendapat bahawa tindakan harus dinilai berdasarkan prinsip kebahagiaan dan penderitaan, yang boleh diukur melalui pengalaman manusia. Ini adalah penerapan prinsip empiris dalam etika dan politik.
ISLAM
AL- QURAN
Dalam Islam, Al-Quran dianggap sebagai sumber ilmu yang tertinggi. Al-Ghazali dan Ibnu Sina misalnya, mengakui kepentingan Al-Quran sebagai sumber bimbingan akhlak dan pengetahuan tentang alam semesta. Mereka mempromosikan kajian mendalam tentang ayat-ayat Al-Quran untuk memahami rahsia penciptaan.
DR.J.Shiddily
"Quran adalah Bible kaum Muslimin dan lebih dimuliakan dari kitab suci yang manapun, lebih dari kitab Perjanjian Lama dan kitab Perjanjian Baru."
Sir William Muir
"Quran adalah karya dasar Agama Islam.Kekuasaannya mutlak dalam segala hal, etika dan ilmu pengetahuan."
HADIS
Ulama Muslim menganggap hadis sebagai sumber penjelasan lebih lanjut tentang ajaran Al-Quran dan contoh tindakan Nabi Muhammad. Ulama seperti Imam Nawawi menekankan kepentingan memahami hadis untuk mengamalkan Islam dengan baik.
ULAMA
Ulama seperti Al-Razi dan Al-Farabi memainkan peranan penting dalam mengembangkan ilmu dalam pelbagai disiplin, dari perubatan hinggalah kepada falsafah. Mereka melihat ilmu dan hikmah sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah.
TIMUR
INDIA
Di India, sarjana seperti Adi Shankaracharya mengaitkan falsafah dengan ajaran agama dan kitab suci seperti Vedanta. Mereka melihat kitab suci sebagai sumber pengetahuan tentang realiti muktamad.
CHINA
KONFUSIANISME
OSMAN BAKAR(1997)
Konfusianisme boleh dianggap sebagai satu agama, keranba agama adalah falsafah juga seperti yang dirujuk kepada pemikiran Falsafah al-Farabi, al-Kindi, dan lain-lain.
YVES REGUN(2000)
Konfusianisme hanyalah satu falsafah tentang kehidupan yang berpaksikan kepada konsep ren.Konfusianisme tidak mendirikan satu agama
Pendidikan dalam bentuk seni tradisional, seperti seni mempertahankan diri di Asia Timur, mempunyai komponen etika dan moral. Pendidikan seni juga merupakan satu cara untuk menyampaikan budaya dan nilai masyarakat.
Orientalis seperti Al-Ghazali dalam dunia Islam dan guru dalam tradisi agama dan kebijaksanaan Asia Timur (seperti guru Zen) menekankan hubungan rapat antara guru dan pelajar, di mana pengetahuan dan nilai diteruskan turun secara lisan.