Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
e-Pem 2 Sediakan pengurusan grafik beserta contoh bagi strategi…
e-Pem 2
Sediakan pengurusan grafik beserta contoh bagi strategi pengajaran dan pembelajaran
Strategi Berpusatkan Guru
• Guru sebagai peranan utama
• Guru menguasai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
• Guru menguasai murid
• Guru bersifat autokratik
Ciri-Ciri :
• Murid tidak aktif
• Tiada sifat sosial
• Pemikiran murid terhad, tidak kreatif dan tidak berinisiatif
• Komunikasi sehala
Contoh :
• Teknik pengajaran dan pembelajaran ialah syarahan / bercerita dan murid hanya mendengar sahaja.
Strategi Berpusatkan Murid
• Murid sebagai peranan utama
• Guru hanya sebagai pembimbing
• Murid bebas melakukan aktiviti & guru memantau sahaja
Ciri-ciri :
• Murid aktif dalam pdp
• Sifat sosial murid aktif ( aktiviti kolaboratif )
• Murid bersifat kreatif & berinisiatif
• Komunikasi dua hala
Contoh :
• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti : lakonan, perbincangan, aktiviti sumbang saran dll
Strategi Berpusatkan Bahan
• Bahan menjadi peranan utama
• Mengutamakan kecekapan& kemahiran murid menggunakan bahan
Ciri-ciri :
Contoh :
• Bahan Pengajaran : slaid, video, gambar,projector dll
• Bahan Pembelajaran : kad aktiviti, lembaran kerja, komputer yang disediakan oleh guru dll
• Sifat sosial yang aktif
• Faktor yang diambil kira dalam penggunaan bahan ialah objektif pengajaran, keperluan pelajar & kebolehan pelajar
Strategi Berpusatkan Tugasan/Aktiviti
• Guru & murid sebagai peranan utama
• Guru kreatif menimbulkan keadaan, fenomena yang boleh mendorong minat & kecenderungan murid menggunakan fikiran & kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah /tugasan.
• Guru melibatkan pelajar dalam aktiviti /tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih / mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari.
Ciri-ciri :
• Sifat sosial yang aktif
• Guru memberikan tugasan, murid menjalankan tugasan dan guru hanya memantau.
Contoh :
• Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam Kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.