Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
5 SISTEM PERSEKITARAN DALAM TEORI EKOLIGI BRONFENBRENNER, Merujuk kepada…
5 SISTEM PERSEKITARAN DALAM TEORI EKOLIGI BRONFENBRENNER
MIKROSISTEM
Melibatkan persekitaran yang terdekat dan mewakili hubungan serta interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa, penjaga, adik beradik,rakan, jiran, guru, sekolah serta alam persekitaran.
Faktor persekiran dalam keluarga merupakan faktor yang paling besar mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Dalam keluarga, ibu bapa merupakan agen sosialisasi terpenting dalam kehidupan kanak-kanak
Tingkah laku atau respon kanak-kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak tersebut.
Hubungan antara ibu bapa juga memberi kesan kepada pengalaman kanak-kanak.
Individu yang terlibat dengan pembentukan sosialisasi peringkat awal di sekeliling kanak-kanak sangat penting untuk perkembangan minda, fizikal dan emosi.
IMPLIKASI
Persekitaran akan mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak
Kanak-kanak akan mempunyai pengetahuan sedia ada yang dapat dari keluarga
Aktiviti PdP mesti bersesuaian dengan minat dan pengetahuan kanak-kanak
Kronosistem
perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.
Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui internet dan sebagainya.
Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan sebagainya.
Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh. Namun begitu, setiap benda terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah bersama komputer.
KESAN
Perubahan teknologi,kanaka-kanak gemar bermain permainan komputer berbanding permainan tradisional
Mempengaruhi kaedah P&P guru di sekolah yang menggunakan ICT sebagai alat bahan bantu mengajar dengan adanya kemudahan makmal komputer
EKOSISTEM
merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut member kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.
Sebagai contoh, persekitaran sekolah atau pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
Lapisan ini juga tidak melibatkan kanak-kanak tetapi mempunyai pengaruh secara langsung ke atas kanak-kanak tersebut. Dengan kata lain, sistem ini melinatkan persekiyatan luar yang mana kanak-kanak memainkan peranan secara pasif tetapi perkembangan mereka dipengaruhi dengan tindakan ahli-ahli udalam ekosistem misalnya implimentasi sesuatu program untuk peningkatan pencapaian murid-murid oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru dengan pihak sekolah.
Implikasi pendidikan dari aspek persekiatan ekosistem, pengalaman seseorang individu akan mempengaruhi individu lain.
Contohnya, murid yang pasif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa di dalam PdP. Guru sewajarnya menggunakan pelbagai kaedah bukan sahaja mengfokuskan pada penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja, namun menyediakan juga aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Hal ini kerana perkembangan kanak-kanak adalah berbeza di dalam sesebuah kelas.
Mesosistem
Perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain
contoh:
keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah.
Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu.
implikasi
kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang bertentangan dengan sepatutnya kerana emosi mereka terganggu
menjejaskan pelajaran mereka
MAKROSISTEM
sesuatu sistem mengenai pengaruhelemen-elemen sosiobudaya dan kedudukan sosioekonomi terhadapperkembangan kanak-kanak
mewakili jantina, etnik, adat resam, norma-norma, nilai dan amalan masyarakat serta mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
Sebagai contoh, di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yanglebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaanyang penting
Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemahdan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibubapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, merekamengganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugaswanita hanyalah di dapur sahaja
kemiskinan adalah dihuraikan sebagai salah satu aspek yangpenting dalam makrosistem ini yang menghalang perkembangan kanak-kanakdisamping mengurangkan keupayaan mereka belajar
IMPLIKASI
Dapat memastikan keadilan antara jantina atau etnik agar tiada berlakunya pergaduhan. Di samping itu, hak pendidikan juga penting untuk diberikan secara adil walaupun berlainan bangsa.
Merujuk kepada persekitaran yang terdekat dengan dunia kanak-kanak