Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
IMPLIKASI TEORI EKOLOGI KEPADA PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK -…
IMPLIKASI TEORI EKOLOGI KEPADA PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
MAKROSISTEM
perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-norma kehidupan, nilai dan amalan masyarakat di persekitaran.
Contoh : budaya masyarakat yang mementingkan kepada tumpuan pendidikan
Implikasi :
kanak-kanak akan berasa semangat dalam pembelajaran mereka
kanak-kanak akan mementingkan pencapaian akademik dalam kehidupan mereka
kanak-kanak akan mempunyai perasaan yang ingin berdaya saing dengan keadaan persekitarannya.
KRONOSISTEM
Perubahan sesuatu keadaan dalam satu tempoh masa
Kanak-kanak menggunakan bahasa rojak, dan bukannya bahasa yang betul ketika berkomunikasi
Hal ini disebabkan kanak-kanak terdedah dengan bahasa yang digunakan ketika bermain permainan dalam talian dan video di Internet
contoh: kanak-kanak menonton video gamer
kanak-kanak akan terikut dengan perwatakan gamer tersebut
Emosi kanak-kanak akan terganggu apabila sentiasa kalah ketika bermain permainan dalam talian
EKSOSISTEM
Tidak melibatkan orang dewasa dan kanak-kanak tetapi memberi kesan kepada mereka
Peraturan yang dikuatkuasakan di sekolah mempengaruhi sikap seseorang individu
Contoh: Sekolah telah menetapkan peraturan seperti semua pelajar perlu hadir ke sekolah sebelum 7 pagi.
Kesan: Pelajar akan mempunyai sifat bertanggungjawab dan akan menepati masa untuk datang awal ke sekolah
Pengalaman dan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung
Contoh: Pihak sekolah menubuhkan kelab alam sekitar
Kesan: Pelajar akan berasa seronok serta belajar menghargai dan menjaga alam sekitar dengan baik
MIKROSISTEM
Aktiviti PdP mesti bersesuaian dengan minat , pengetahuan dan perkembangan murid
Pemilihan PdP bergantung kepada tahap perkembangan dan kemahiran sedia ada seseorang murid
Persekitaran terdekat dengan kanak-kanak dimana mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan masa paling banyak
-Sekolah, Persekitaran, Ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya
saling berkait dengan mesosistem
Kajian Tingkah Laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkahlaku Kanak-kanak Luar Bnadar oleh Yahaya Juhari (2009).
Latar belakang keluarga mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
Contohnya, latar belakang keluarga yang baik dan saling menyayangi akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
Kesannya, kanak-kanak dapat menunjukkan personaliti positif seperti menghormati orang sekeliling.
Kanak-kanak akan mudah untuk berinteraksi dengan orang lain
MESOSISTEM
Contoh : Keadaan di rumah mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak di tadika
Perhubungan antara Mikrosistem dengan Mikrosistem yang lain
Implikasi:
Keadaan atau suasana di rumah yang positif seperti ibu bapa memberikan kasih sayang secukupnya kepada kanak-kanak akan menjadikan kanak-kanak seorang yang bersikap positif di tadika
Keadan di rumah yang negatif pula memberi impak kepada sosioemosi kanak-kanak di tadika seperti mereka akan kelihatan murung dan kurang bergaul