Kuala Lumpur: Bayi yang baru lahir pada 2021 dijangka hidup hingga 75.6 tahun atau 12 tahun lebih lama berbanding lima dekad. Tahun, iaitu hingga 63.6 tahun pada 1970, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mod Uzir Mahidin berkata, jangkaan hayat yang meningkat menunjukkan Malaysia akan berhadapan dengan penuaan penduduk pada 2030, dengan peratus penduduk berumur 60 tahun dan ke atas telah mencapai 15.3 peratus daripada jumlah penduduk."Justeru itu, persediaan kesihatan dan simpanan kewangan yang mencukupi perlu dibuat bagi mengelak kesukaran hidup selepas persaraan," katanya dalam kenyataan bersempena Hari Penduduk Sedunia 2022 yang disambut setiap 11 Julai. (Petikan Harian Metro 11 Julai 2022)