Babak 3 : Pasar Raya Giant
Situasi:
Ibu membawa Ali ke pasar raya. Ibu dan Ali melalui kawasan sayur-sayuran. Ali menghampiri kawasan bunga kantan dan kacang panjang. Di kawasan itu, terdapat papan tanda tertulis ‘bunga kantan’ dan ‘kacang panjang’.
Ali : Ibu, yang tertulis itu ialah bunga, bunga ... Bagaimana ingin menyebut itu ibu?
Ibu : Bunga kantan, Ali. B-u, bu, n-g-a, nga, bunga. K-a-n, kan, t-a-n, tan, kantan. Bunga kantan. Ali ada belajar berkenaan digraf dan konsonan bergabung di sekolah?
Ali : Ada ibu. Cuma Ali keliru yang mana satu digraf dan yang mana satu konsonan bergabung. Ibu boleh bantu?
Ibu : Boleh Ali. Cuba Ali lihat perkataan bunga. Terdapat n-g, ng dalam perkataan tersebut. Jadi bunga adalah perkataan yang mengandungi digraf. Seterusnya, Ali cuba lihat perkataan kantan. Huruf konsonan apa yang berurutan dalam perkataan ini dan berapa suku katanya Ali?
Ali : N dan t ibu. Dua suku kata ibu.
Ibu : Betul Ali. Jadi, kantan merupakan contoh perkataan yang mengandungi konsonan bergabung iaitu n dan t. Cuba Ali sebutkan dua perkataan tersebut.
Ali : B-u, bu, n-g-a, nga, bunga. K-a-n, kan, t-a-n, tan, kantan. Bunga kantan! Sebutan Ali betulkan ibu?
Ibu : Betul Ali. Anak ibu bijak sekali. Cuba Ali lihat itu, bagaimana ingin menyebutnya Ali? (Ibu menunjuk ke arah papan tanda kacang panjang).
Ali : Ali cuba ibu. K-a, ka, c-a-n-g, cang, kacang. P-a-n, pan, j-a-n-g, jang, pan-jang. Kacang panjang ibu, betul tak?
Ibu : Bijak Ali. Mari ibu belanja Ali aiskrim hari ini.
Ali : Wah, aiskrim! Terima kasih ibu!
Ibu : Sama-sama Ali.