Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CABANG-CABANG FALSAFAH - Coggle Diagram
CABANG-CABANG FALSAFAH
METAFIZIK
Kajian mengenai kewujudan dan asas yang berkait dengan sifat realiti, bekaitan dengan apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya yang tidak dapat dilihat dengan mata yang kasar.
Berkait dengan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu yang luar biasa dan di luar jangkaan hukum semula jadi.
-
PERSOALAN
a) Apakah itu kebenaran
b) Adakah tuhan wujud?
c) Di manakah tempat manusia di atas muka bumi?
d) Siapakah yang berhak membuat keputusan?
AKSIOLOGI
Berasal daripada perkataan Greek, axion yang bermaksud nilai dan logia iaitu teori yang mengkaji tentang kualiti dan nilai.
Mempersoalkan tentang baik-buruk, benar-salah dan cantik-hodoh
DUA ASPEK
ETIKA
Merangkumi tiga bidang iaitu Meta Ethics (Kajian tentang konsep etika), Normative Ethics (Kajian tentang bagaimana menentukan nilai estetika) dan Applied Ethics (Kajian tentang penggunaan nilai etika).
Mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat atau kehidupan. Mengkaji perkaran seperti nilai-nilai moral, prinsip moral, tingkah laku dan sifat-sifat murni.
-
-
ESTETIKA
Mengkaji nilai-nilai mengenai kecantikan dan seni. Istilah estetika diperoleh daripada perkataan Yunani bermaksud persepsi deria. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan yang berkait dengan cita rasa dan sentimen seseorang
-
EPISTEMOLOGI
Berasal dari perkataan Yunani Episteme bermaksud ''Ilmu'' atau sains dan logo bermaksud ''keterangan''.
Konsepnya ialah bagaimana minda berhubung dengan realiti untuk menentukan kebenaran dan memisahkan kebenaran dengan kesalahan.
Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan, iaitu ilmu pengetahuan melalui akal dan pancaindera serta hubungannya dengan kebenaran yang bertujuan memberikan jawapan kepada soalan.
-
Berasal daripada perkataan Yunani Logos yang bermaksud fikiran, idea, hujah. alasan atau prinsip.
Pengajian tentang prinsip kesahihan tentang sesuatu sam ada secara inferens (sesuatu yang diketahui secara tidak langsung) dan demonstrasi (sesuatu yang diketahui selepas dijalankan kajian)
LOGIK
JENIS LOGIK
-
Logik Deduktif - Berkait dengan mazhab falsafah Idealisme dan Realisme. Menggunakan prinsip am untuk membuat kesimpulan terhadap perkara khusus. Kesimpulan umum yang dibuat dengan mencari contoh-contoh relevan.