Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Cabang-cabang Falsafah : - Coggle Diagram
Cabang-cabang Falsafah :
Metafizik / Ontologi
- Bertanggungjawab ke atas kajian tentang kewujudan dan asas kepada pandangan yang luas.
- Metafizik merujuk kepada yang jauh melangkau alam fizikal dan kebendaan.
- Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan.
- Memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan yang mutakhir
Aksiologi
- Berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud nilai atau dalam bahasa inggeris "value"
- Perkataan Logia merupakan suatu kajian tentang kualiti dan nilai.
- Aksiologi adalah termasuk etika dan estetik iaitu bidang falsafah yang bergantung kepada nilai dan dikaitkan dengan teori.
- Etika lebih mengutamakan "apa yang sepatutnya kita lakukan dan yang paling sesuai kita lakukan?"
Epistemologi
- Berasal dari perkataan Yunani "episteme" yang bermaksud ilmu dan sains dan "logos" bermaksud keterangan.
- Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan.
- Perkara utama dalam epistemologi ialah memberi justifikasi kepada proses mengetahui sesuatu yang diterimsa sebagai ilmu.
- berfokus kepada penganalisaan, penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu
Logik
- Logik berasal dari perkataan logos yang bermaksud fikiran, idea, hujah, alasan atau prinsip.
- Satu pengaian tentang prinsip kesahihan tentang sesuatu sama ada secara inferens dan demonstrasi (Melalui kajian).
- Logik merujuk kepada cara mendapatkan sesuatu rumusan berasaskan beberapa andaian yang kukuh.
Logik induktif: Bermula dengan butiran khusus kemudian membuat penaakulan terhadap butiran seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskan.
Logik deduktif : Bermula dengan kesimpulan umum kemudian mencari contoh yang relevan bag menerangkan kesimpulan tersebut.