Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
+Mikroekonomi: Pengenalan - Coggle Diagram
+Mikroekonomi: Pengenalan
Definisi Ilmu Ekonomi
Sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia
menguruskan sumber ekonomi yang terhad
bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad.
1.2 Sumber ekonomi(FP)
Tanah
Modal
Buruh
Usahawan
Teknologi
Modal: ciptaan manusia,
penawaran tidak tetap,
mudah dipindahkan,
digunakan dlm Proses pengeluaran
dibayar faedah
Usahawan: Menggabungkan FP,
menanggung risiko,
melakukan inovasi,
perancang, penyelaras, pemimpin dan pegawai aktiviti firma,
dibayar untung.
Buruh: tenaga fizikal&mental pekerja,
tidak menanggung risiko,
boleh berpindah,
kerja mengikut arahan,
dibayar upah
Tanah: Sumber semula jadi,
Penawaran tetap dan kekal,
tidak homogen,
Nilai bergantung kpd kualiti dan lokasi,
Dibayar sewa
1.3 Kehendak manusia
(i) Barang percuma
§ Penawarannya tidak terhad.
§ Tidak memerlukan kos untuk mengeluarkannya.
§ Tiada kos lepas.
§ Tidak dikenakan bayaran
§ Contoh: air hujan dan cahaya matahari
(ii) Barang ekonomi
§ Penawarannya terhad
§ Memerlukan kos untuk mengeluarkannya.
§ Ada kos lepas.
§ Perlu dibayar untuk menggunakannya.
§ Contoh: kereta dan telefon bimbit
(iii) Barang awam
§ Barang yang ditawarkan kepada semua orang / tiada pengeculian dalam
penggunaannya.
§ Penawarannya terhad
§ Ada kos lepas
§ Tidak dikenakan bayaran, kalau dikenakan pun hanya minimum sahaja.
§ Contoh: rumah api dan taman rekreasi.
(iv) Barang persendirian
§ Barang yang dimiliki oleh orang persendirian
§ Orang lain tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran pemiliknya.
§ Contoh: rumah dan kereta.
(v) Barang pengeluar / barang modal
§ Barang siap atau barang akhir yang digunakan untuk mengeluarkan barangan lain.
§ Barang yang tidak berubah bentuk fizikalnya semasa proses pengeluaran.
§ Contoh: mesin dan jentera.
(vi) Barang perantaraan
§ Merupakan barang pertengahan atau barang yang masih diproses untuk dijadikan
barang siap.
§ Barang perantaraan akan mengalami perubahan bentuk fizikalnya semasa proses
pengeluaran.
§ Contoh: tepung gandum dan gula pasir
(vii) Barang pengguna
§ Merupakan barang akhir / barang siap untuk digunakan oleh pengguna.
§ Terbahagi kepada barang tahan lama dan tidak tahan lama.
§ Contoh barang tidak tahan lama ialah ikan dan sayur-sayuran.
§ Contoh barang tahan lama ialah motorsikal dan radio.
1.4 Masalah Ekonomi
(i) Masalah kekurangan
§ Sumber / faktor pengeluaran yang sedia ada hanya dapat mengeluarkan sebahagian
daripada barangan yang dikehendaki oleh pengguna.
§ Apabila sesuatu sumber digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barang, sumber
tersebut tidak dapat digunakan untuk mengeluarkan barang lain.
§ Isi rumah mengalami kekurangan pendapatan dan firma mengalami kekurangan
sumber pengeluaran.
(ii) Masalah pilihan
§ Masalah kekurangan menyebabkan isi rumah dan firma tidak dapat memenuhi semua
kehendak mereka.
§ Masalah kekurangan menyebabkan isi rumah dan firma perlu membuat pilihan.
§ Isi rumah membuat pilihan untuk memaksimumkan kepuasan dan firma membuat
pilihan untuk memaksimumkan keuntungan.
(iii) Masalah kos lepas
§ Jumlah barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana memilih pilihan yang
terbaik.
§ Contoh: seorang pelajar mempunyai RM10.00. Dia terpaksa membuat pilihan sama
ada membeli sebuah buku latihan ekonomi yang berharga RM10.00 atau membeli
monopod yang berharga RM10.00. Jika pelajar tersebut memilih membeli buku
latihan ekonomi, maka kos lepasnya ialah monopod.
Tiga masalah ekonomi
(ii) Bagaimana barang hendak dikeluarkan
§ Ia merujuk kepada teknik atau kaedah pengeluaran yang akan dipilih oleh
pengeluar.
§ Pengeluar boleh memilih sama ada menggunakan kaedah intensif buruh atau
intensif modal.
§ Jika harga buruh rendah, kaedah intensif buruh digunakan kerana pengeluar dapat
meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan untung.
§ Jika harga modal rendah, kaedah intensif modal digunakan kerana pengeluar dapat
meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan untung
(iii) Untuk siapa barang hendak dikeluarkan
§ Merujuk kepada pengagihan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat.
§ Bergantung pada corak agihan pendapatan atau kuasa beli pengguna.
§ Biasanya golongan yang berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli yang besar
dan dapat memiliki lebih banyak barang daripada golongan berpendapatan rendah.
(i) Apa dan berapa barang yang hendak dikeluarkan
§ Merujuk kepada jenis barangan serta kuantiti barangan yang hendak dikeluarkan.
§ Bergantung kepada permintaan dan penawaran masyarakat.
§ Lebih banyak sesuatu barang itu dikeluarkan, semakin kurang barangan lain yang
dikeluarkan kerana masalah kekurangan sumber ekonomi.
§ Oleh itu apa barang yang hendak dikeluarkan akan menentukan corak penggunaan
sumber ekonomi.
1.5 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
Definisi: Satu keluk yang menunjukkan kombinasi maksimum dua jenis barang
yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan semua sumber
yang ada pada tingkat teknologi tertentu.
Andaian:
(i) Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh
(ii) Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang
(iii) Jumlah faktor pengeluaran tetap
(iv) Tingkat teknologi tidak berubah
1.6 Sistem Ekonomi
(b) Sistem Ekonomi Perancangan Pusat (Sosialis)
• Adalah satu sistem ekonomi di mana kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam
menentukan keputusan dan kegiatan ekonomi. Contoh: negara komunis
(d) Sistem Ekonomi Islam
• Adalah satu sistem ekonomi di mana individu bebas membuat keputusan dan
menjalankan aktiviti ekonomi dengan campurtangan kerajaan dan berlandaskan kepada
syariat Islam (Al-Quran dan Sunnah)
(a) Sistem Ekonomi Kapitalis / Pasaran Bebas
• Adalah satu sistem ekonomi di mana individu bebas mebuat keputusan dan
menjalankan aktiviti ekonomi tanpa campurtangan kerajaan. Contoh : Amerika
Syarikat
(c) Sistem Ekonomi Campuran
• Adalah satu sistem ekonomi di mana individu bebas mebuat keputusan dan
menjalankan aktiviti ekonomi dan wujud campurtangan kerajaan.
• Iaq menekankan kerjasama antara pihak swasta dengan kerajaan dalam menyelesaikan
masalah asas ekonomi.
• Contoh : Malaysia