Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
GEOGRAFI MANUSIA 6 AL IDRISI, 6 AI-IDRIS MARVELOUS TEAM - Coggle Diagram
GEOGRAFI MANUSIA
6 AL IDRISI
Jelaskan kelebihan pasaran
bebas
dalam globalisasi
Bincangkan kesan positif globalisasi ke atas negara Malaysia
kumpulan balqis
PERDAGANGAN BEBAS
Perdagangan bebas members peluang kepada sesebuah negara membangun menyertai perdagangan antarabangsa tanpa tarif dan kuota. Hal ini menyebabkan negara-negara bebas mengimport dan mengeksport batangas tanpa banyak sekatan
PERLUASAN PASARAN
Perluasan pasaran lebih banyak negara mengambil bahagian atau membuka pasaran mereka kepada dunia maju dan membangun. Contohnya di Asia Tenggara, barangan sesama negara ASEAN boleh memasuki pasaran negara-negara ASEAN dengan lebih mudah. Perluasan pasaran ini dinikmati secara bersama oleh negara anggota.
ALIRAN BURUH
Ramai penduduk dari negara membangun yang iskin dan padat penduduk bermigrasi ke negara yang lebih maju yang kurang penduduk. Kemudahan pengangkutan dan teknologi maklumat membolehkan aliran buruh berlaku dengan mudah seperti penduduk dari Asia ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat
Harga barangan lebih murah menguntungkan pengguna. AFTA mengenakan kadar cukai yang rendah bagi sesetengah produk. Hal ini menyebabkan harga barangan pengguna dan perkhidmatan menjadi lebih murah. Oleh itu, pengguna dapat menikmati barangan dan kos perkhidmatan yang lebih murah. Kuasa beli pengguna akan bertambah menyebabkan pendapatan meningkat. Hal ini kerana pengguna mampu memiliki barangan berjenama dan berkualiti
PEMINDAHAN TEKNOLOGI
•Berlaku dari negara lebih maju seperti Jepun ke negara membangun seperti Malaysia. Rakyat tempatan menerima teknologi dari negara maju melalui latihan lanjutan pelaburan dan lain lain, dalam masa yang sama ia sedang mencipta teknologinya sendiri melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) antaranya teknologi pembinaan kenderaan.
Keuntungan pengkhususan aktiviti pengeluaran
-AFTA membuka kerjasama yang lebih eat antara pengusaha intra ASEAN untuk menjimatkan kos, mengelak persaingan produk sejenis, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan lain-lain
faedahdari segi pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling melengkapi (complementary) akan diperoleh
contoh penjimatan kos buruh, kos bahan bahan mentah, kos pengangkutan, promosi pasaran
Keuntungan pembangunan teknologi, R&D dan kepakaran
bagi menjamin daya saing produk dipasaran bebas AFTA ,maka syakirat pengeluar sentiasa meningkatkan R&D bagi mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi kepelbagaian citarasa pengguna.
kesannya syarikat-syarikat Malaysia akan menikmati faedah daripada segi perkembangan R&D, pengguna teknologi dan inovasi baru oleh syarikat-syarikat swasta (MNCs) atau kerajaan (GLC) yang berlumba lumba menjaga kualiti produk masing-masing.
Pilihan barangan lebih banyak kepada pengguna
kepelbagaian produk dari pelbagai negara dalam pasaran AFTA menyebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan
monopoli pasaran dikurangkan -bergantung sepenuhnya kepada piliuan pengguna
persaingan antara produk enyebabkan harganya menjadi lebih murah -pengguna mempunyai banyak pilihan untuk membeli barangan yang murah dan berkualiti
MENGGALAKKAN PERSAINGAN SIHAT
Melibatkan negara-negara di dunia. Mereka berlumba-lumba menghasilkan barangan dan perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan ke peringkat global. Negara yang berjaya mengurangkan kos pengeluaran barangan akan berjaya dalam persaingan ini.
PENINGKATAN KUALITI PRODUK
Berlaku melalui persaingan supaya barangannya menang dan mendapat tempat di pasaran global. Barangan berkualiti dan berharga rendah lebih mendapat tempat
Soalan 1
Kesan positif peluasan pasaran dapat menjana peluang pekerjaan melalui peningkatan aktiviti ekonomi. Permintaan yang tinggi dari pasaran bebas menyebabkan aktiviti pengeluaran khususnya perkilangan dan pertanian dipertingkatkan oleh AFTA. Kesannya, kegiatan ekonomi pertanian, pemprosesan, dan pembuatan dalam negara akan berkembang pesat untuk menampung permintaan daripada pasaran AFTA. Hal ini dapat menjana peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran.
SOALAN 2
STPM U2 2019
Bincangkan enam sumbangan globalisasi ekonomi terhadap pembangunan ekonomi Malaysia
Bagaimanakah globalisasi ekonomi memberikan kesan negatif terhadap negara sedang membangun
Kumpulan Bobby
KESAN NEGATIF GLOBALISASI KEPADA NEGARA MEMBANGUN
PENGUASAAN EKONOMI NEGARA OLEH SYARIKAT MULTINASIONAL MNC
Globalisai ekonomi memberikan kesan negatif terhadap negara sedang membangun ialah penguasaan ekonomi negara oleh syarikat multinasionaI MNC . Ini kerana syarikat asing mempunyai modal besar dan teknologi yang tinggi menyebabkan mereka mampu melakukan manipulasi pasaran sehingga menyebabkan pesaing tempatan tidak berkembang . Kesannya , pesaing tempatan akan dikuasai syarikat multinasional melalui penjualan syarikat kecil atau penguasaan saham. Akhirnya syarikat tempatan akan dimonopoli oleh syarikat MNC.
KESUKARAN UNTUK MENGAWAL KELUAR MASUK MODAL ASING
Selain itu, kesan negatif terhadap negara sedang membangun akibat globalisasi ekonomi termasuklah kesukaran untuk mengawal keluar masuk modal asing. Hal ini kerana pasaran bebas dalam globalisasi ekonomi memberi ruang yang luas kepada pelabur asing untuk melabur dan menarik keluar pelaburan mereka tanpa boleh disekat atau dikawal. Kesannya akan berlaku kegawatan ekonomi di sesebuah negara yang terlalu bergantung kepada pelabur asing.
ANCAMAN KEPADA PENGUSAHA DAN PRODUK TEMPATAN ATAU INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
Seterusnya , Globalisasi ekonomi memberikan kesan negatif terhadap negara membangun seperti ancaman kepada pengusaha dan produk tempatan atau Industri kecil dan sederhan. Hal ini kerana kecenderungan penduduk tempatan yg menggunakan produk luar berjenama membri kesan kpd produk tempatan . Perkara ini mengakibatkan produk tempatan tidak mendpt smbutn di pasaran .
MASALAH YANG TIMBUL DARI ALIRAN BURUH ASING
Di samping itu , kesan negatif lain akibat globalisasi ekonomi terhadap negara membangun ialah masalah yang timbul dari aliran buruh asing . Hal ini kerana , ramai kemasukan buruh asing dri pelbagai negara dan tahap kemahiran akan mewujudkan pelbagai masalah sosial . Oleh itu , tenaga pekerja tempatan akan sukar mendapat faedah kenaikan gaji kerana buruh asing sanggup bekerja pada perolehan paling minimum . Manakala tenaga mahir pula berpindah ke negara lain yg menawarkan tawaran gaji lebih menarik .
PENGHAKISAN KEDAULATAN NEGARA
Akhir sekali , globalisasi ekonomi memberikan kesan negatif terhadap negara sedang membangun ialah penghakisan kedaulatan negara . Sesebuah negara boleh dipengaruhi negara luar jika terlalu bergantung kepada modal dan pelabur asing . Kebergantungan modal menyebabkan negara membangun terpaksa akur terhadap kemahuan mereka . Lambakan barangan berjenama di pasaran bebas menyebabkan buatan negara sendiri tidak diminati . Akhirnya , negara kehilangan jati diri dan identiti.
ENAM SUMBANGAN GLOBALISASI EKONOMI KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA
MENAMBAHKAN KEUPAYAAN MODAL DALAM NEGARA
Globalsasi ekonomi akan membawa masuk pelaburan luar yang mampu menggerakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Suntikan modal daripada pelabur asing membolehkan industri berkembang pesat terutamanya di negara membangun seperti Malaysia. Sebagai contoh , syarikat Honda , Toyota dan Levis banyak membuat pelaburan di Malaysia.
MENGGALAKKAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI , PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) SERTA INOVASI
Globasasi ekonomi menggalakkan kemasukan teknologi dan pemindahan kepakaran antara Malaysia dengan negara maju. Kemasukan teknologi dari negara-negara maju ini membolehkan rakyat tempatan mempelajari melalui latihan dan usaha sama dalam konteks R&D tenaga manusia (human resource).Hal ini sekaligus mengembangkan aktiviti R&D di Malaysia. Oleh itu , idea dan inovasi baharu sentiasa dikeluarkan bagi menghasilkan produk keluaran Malaysiz yang berkualiti dan digemari di pasaran antarabangsa.
PERLUASAN PASARAN DAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Penghapusan dasar perlindungan dan sekatan tariff (GATT) dan amalan pasaran bebas akan memberikan peluang kepada produk negara yang sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata. Negara yang sedang membangun di rantau Asia Pasifik yang telah menghasilkan produk industri seperti Malaysia memperoleh keuntungan dari segi pengukuhan rangkaian pasaran, persaingan yang sihat dan harga barangan yang stabil.
MENINGKATKAN DAYA SAING EKONOMI SESEBUAH NEGARA
Sebuah negara terpaksa meningkatkan kualiti produk yang berkos rendah sebagai usaha untuk kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kesannya, penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan berkembang. Persaingan ini akan meningkatkan daya saing ekonomi sesebuah negara.
ALIRAN BURUH
Permintaan tinggi barangan industri turut mrningkatkan permintaan terhadap buruh mahir , buruh separuh mahir , dan buruh kurang mahir . Sebahgaian kekosongan pekerja akan diisi oleh tenaga buruh dari negara lain terutamanya ekspatriat mahir .
PENINGKATAN KUALITI PRODUK
Pasara bebas akan menyebabkan kadar tarif barangan dikurangkan atau dihapuskan . Hal ini menyebabkan pelbagai produk memenuhi pasaran . Pengusaha pula akan cuba meningkatkan kualiti barangan dan dijual pada harga yg lebih murah
STPM2020 U2
Huraikan segitiga pertumbuhan yang disertai oleh Malaysia
Mengapakah pelabur dari negra luar memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan
Kumpulan sara (ainun syomel)
IMT melibatkan kawasan yg kaya dgn pelbagai sumber asli dan mempunyai seramai 21.1 juta org. Ia juga bukan shj mempunyai pasaran yg besar tetapi juga mempunyai tenaga buruh yg ramai.
Kerjasama ekonomi bertujuan membangunkan sumber2 semulajadi, industri dan infrastruktur secara usaha bersama. Ia boleh memberi pelbagai peluang dlm pelaburan, perdagangan/ perniagaan, eksport, perkapalan, perlancongan, perhutanan, pendidikan, dan rawatan kesihatan.
Faedah drpd IMT ini membolehkan negara2 ASEAN terlibat saling melengkapi utk mewujudkan pengaliran modal, tenaga kerja, dan teknologi yg lebih bebas. Selain itu, dpt meningkatkan perdagangan intra ASEAN.
IMT-GT - Indonesia, Malaysia dan Thailand.
SOALAN 1
Singapura, Malaysia, Indonesia
-Lebih berjaya kerana penglibatan Singapura mempunyai kelebihan ( modal, teknologi & kepakaran.
-Pelaburan dibawa ke Malaysia & Indonesia krn Singapura kekurangan tanah sbg tapak & kos upah buruh tinggi.
-Dibangunkan sepenuhnya oleh pihak swasta tp dgn sokongan kerajaan masing².
-Singapura membekalkan infrastruktur (teknologi,kewangan & pengurusan).
IMS-GT
3 bidang kerjasama yg diberikan keutamaan iaitu :
-pembangunan Sumber Alam : khususnya berasaskan sumber pertanian, perladangan, dan pembalakan.
-pembangunan Infrastruktur Fizikal dan Sumber Tenaga
-pembangunan Perlancongan Ekologi.
BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina)
1.
Lokasi Yang Strategik:
SOALAN 2
Malaysia memiliki lokasi geografi yang strategik di Asia Tenggara.
Negara ini merupakan pintu gerbang ke pasaran kawasan yang besar, seperti ASEAN dan pasar - pasaran yang berkembang di Asia
Jaringan infrastruktur yang baik, termasuk pelabuhan yang moden dan bandaran antarabangsa, membuat Malaysia menjadi pusat logistik dan hub perdagangan yang penting.
2.
Infrastruktur yang Maju:
Malaysia telah mengembangkan infrastruktur yang moden dan berkualiti tinggi.
Negara ini memiliki jaringan jalan raya yang luas, sistem pengangkutan yang baik serta kemudahan telekomunikasi dan technologies information yang canggih
Infrastruktur yang baik ini memberikan kemudahan dalam aktiviti perniagaan dan menjalankan operasi perusahaan.
3.
Kestabilan politik
Kestabilan politik menunjukkan negara tersebut mempunyai hala tuju ekonomi yang jelas dan komited dalam memperbaiki kedudukan ekonomi masing-masing
Maka perusahaan pelabur asing tidak berisiko untuk mengalami kerugian.
4.
Tenaga Kerja Terdidik dan Produktif:
Malaysia memiliki tenaga kerja yang berpendidikan tinggi.
Negara ini memiliki sistem pendidikan yang baik dan banyak universiti dan institusi pendidikan tinggi yang menghasilkan lulusan yang berintelektual.
Tenaga kerja Malaysia juga produktif dan berkemampuan untuk bercakap berbagai bahasa yang merupakan aset penting bagi perusahaan asing.
5.
Pasaran yang Luas:
Malaysia memiliki pasaran domestik yang besar dengan lebih dari 30 juta penduduk.
Selain itu, sebagai anggota ASEAN, Malaysia juga memberikan akses kepada pasaran kawasan yang lebih luas dengan populasi lebih dari 600 juta orang.
Ini memberikan peluang perniagaan yang besar bagi pelabur asing untuk menjangkau pasaran yang luas.
Pengurusan kewangan yang baik:
Malaysia memiliki sistem kewangan yang baik dengan lembaga kewangan yang kuat dan terpercaya.
Bank - bank dan lembaga kewangan di Malaysia diuruskan dengan baik dan beroperasi sesuai dengan standard antarabangsa.
Ini memberikan kepercayaan kepada pelabur asing dalam melakukan transaksi keuangan dan investasi di Malaysia.
Terangkan lima faedah yang diperolehi Malaysia setelah penglibatan dalam pakatan ekonomi serantau
Jelaskan lima masalah yang sering dihadapi oleh pakatan ekonomi serantau
All guy😎😅
Soalan 1
5
Pertambahan peluang pekerjaan.
Pertambahan aliran FDI dan aktiviti industri akan meningkatkan permintaan ke atas buruh. Banyak peluang pekerjaan baru akan muncul. Kadar pengangguran dalam negara akan berkurang. Taraf hidup penduduk turut meningkat, sekali gus akan mengukuhkan kuasa beli penduduk tempatan.
1
Pasaran
Barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan di Malaysia mudah menembusi pasaran negara-negara anggota ASEAN lain. Persetujuan persefahaman berkaitan regim cukai dan halangan tarif dapat dikurangkan tanpa sekatan dan halangan. Sebaliknya, Malaysia juga dapat menikmati barangan atau produk lebih murah jika dikeluarkan di negara anggota ASEAN lain
2
Bekalan buruh
Kekurangan buruh terutama dalam sektor pertanian, perindustrian, pembinaan, dan perkhidmatan akan ditampung melalui import buruh asing dari negara anggota. Ia menjamin sektor ekonomi berjalan lancar. Malahan Malaysia menikmati kemasukan tenaga mahir dan kepakaran dari negara anggota lain terutama dalam bidang perubatan, pendidikan tinggi, dan teknologi maklumat.
4
Peningkatan KDNK
Pertambahan eksport barangan dan perkhidmatan ke negara-negara anggota ASEAN akan menambah kutipan cukai eksport dan cukai perkhidmatan. Malaysia akan memperolehi keuntungan dari regim pertukaran mata wang asing. Ia akan meningkatkan KDNK negara.
3
Aliran modal
Kekurangan modal tempatan akan ditampung oleh kemasukan modal asing dari negara anggota. Pelaburan langsung (FDI) dari negara ASEAN yang lebih maju seperti Singapura akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi. Malaysia juga menyediakan koridor pembangunan seperti di Koridor Pembangunan Wilayah Iskandar, Johor bagi memudahkan pelabur menanam modal.
SOALAN
2
5
Pencemaran merentasi sempadan
Kedudukan geografi sesebuah kawasan yang berkepulauan dan terletak di kawasan pertumbuhan ekonomi dunia sering menghadapi masalah pencemaran merentasi sempadan. Asia Tenggara misalnya sering menghadapi masalah pencemaran udara (jerebu) dan laut. Satu Jawatankuasa Bertindak dan Sistem Amaran Awal Jerebu telah dibentuk bagi menyelaras tindakan bersama menghadapi jerebu. Bagi pencemaran laut akibat tumpahan minyak kapal dagang pula sistem navigator mengesan kedudukan tumpahan dan kapal yang terlibat dikongsi bersama untuk mengawal tumpahan
4
Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau
Akibat perbezaan ekonomi antara negara, keupayaan melaksanakan projek bersama lebih bergantung kepada keupayaan modal dari negar yang lebih maju. Batasan modal bagi negara yang lebih mundur perlu ditampung oleh modal negara lebih maju. Kejayaan proj pengeluaran baja urea ASEAN bukti kerjasama boleh terjalin mela pengkhususan antara negara.
2
Konflik politik wilayah dalam negara anggota
Sebahagian negara anggota mempunyai masalah politik dalaman. Selatan Thailand sentiasa bergolak menuntut kemerdekaan dari kerajaan pusat Thailand, sama seperti selatan Filipina. Terdapat juga perbalahan sesama negara anggota berkaitan sempadan dan perairan seperti dalam isu pertindihan kepulauan Spratly. Malahan Thailand pernah berperang dengan Kemboja hanya berkaitan pemilikan candi lama di sempadan
1)
PERBEZAAN EKONOMI ANTARA NEGARA ANGGOTA
Tahap pembangunan ekonomi yang berbeza telah menjadi penghalang utama kerjasama serantau. Dikalangan negara ASEAN, negara yang baru dalam sektor industri akan mempertahankan tarif dan dasar perlindungan masing-masing. Ada juga yang sengaja meminta pengecualian penghapusan cukai dan tarif bagi memelihara sektor pengeluaran dalam negara. Ia berlaku kerana negara mundur dikatakan tidak dapat bersaing secara adil di pasaran yang memberi kelebihan kepada negara anggota yang lebih maju.
3
Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau
Konflik kepentingan negara dengan kepentingan serantau menjadi duri dalam daging dalam kerjasama serantau. Malaysia sentiasa melindungi industri automotifnya dari lambakan kenderaan luar terutama dari Thailand. Indonesia pula sedang mencari jalan menguasai pasaran minyak kelapa sawit dunia dengan langkah terbarunya menurunkan cukai eksport kepada 18% berbanding Malaysia 33%. Ini bermakna persaingan sesama negara anggota hampir tidak dapat dielakkan kerana mengeluarkan barangan yang homogenus.
6 AI-IDRIS MARVELOUS TEAM