DEFINISI :
Berita palsu adalah satu bentuk “ancaman” dari pelbagai aspek termasuk sosial, politik, ekonomi, perhubungan kaum serta agama. Tidak semua berita yang dibaca itu adalah fakta sebenar, terutamanya berita yang ditularkan dalam media sosial. Melalui hasil kajian Laporan Digital 2019, Malaysia merupakan negara ke-5 di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara yang paling aktif dalam media sosial.
Pada masa ini, terdapat segelintir masyarakat yang menjadikan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan berita dan maklumat palsu yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada individu, keluarga, komuniti setempat, masyarakat dan negara. Perbuatan ini boleh membawa impak negatif terhadap minda dan kehidupan masyarakat.