Kesimpulannya, penghasilkan kajian kes ini memerlukan penganalisian yang mendalam mengenai sesuatu peristiwa dan situasi. Contohnya, dalam menghasilkan kajian kes ini, kami menggunakan beberapa sumber rujukan seperti laman web rasmi Mercy, berita, internet dan jurnal. Terdapat beberapa perkara juga yang perlu dititikberatkan semasa melaksanakan kajian kes ini yang merangkumi beberapa proses seperti merancang, mengumpul data, menganalisis data dan menyediakan laporan kajian. Kesemua proses ini dijalankan mengikut langkah yang teratur bagi menjadikan laporan kajian dapat dilakukan secara sistematik.