Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sistem-sistem kehidupan dalam agama islam, Hannan binti Mohamad Zafir -…
Sistem-sistem kehidupan dalam agama islam
Sistem akhlak
Akhlak dalam Islam ditakrifkan sebagai nilai-nilai atau sifat-sifat yang telah sebati dalam diri seseorang dan menjadi kayu ukur bagi insan untuk menilai baik buruknya sesuatu perbuatan.
Adab dulu baru ilmu. Orang yang berakhlak sudah pasti berilmu, tapi orang yang berilmu belum tentu berakhlak.
Kisah Imam Syafie menghormati gurunya
Menulis syair yang berbunyi: “Saya sengaja merendahkan diri di hadapan mereka yang dimuliakan kerana ilmu yang ada padanya. Dan mana-mana jiwa yang tidak pernah menghinakan dirinya, dia tidak akan merasakan kemuliaan dalam dirinya”
Kisah Nabi Muhammad mematuhi perjanjian Hudaibiyyah
Ketika seorang Quraisy memeluk Islam dan memohon untuk mendapatkan perlindungan. Namun, nabi dengan tegas mematuhi perjanjian hudaibiyyah dan bersabda, “Kita telah memeterai perjanjian dengan mereka (musyrikin Mekkah). Kita mematuhi perjanjian ini dan mereka juga mematuhinya. Kita tidak akan mengkhianati mereka.”
Sistem Ekonomi
Ekonomi islam ialah suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia dalam soal mengguna dan menguruskan sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan juga kepentingan masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah.
Berasal dari wahyu
Pengharaman institusi anti-sosial seperti riba
Al-Baqarah ayat 275: firman Allah yang bermaksud, “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”.
Allah pemilik segala sesuatu. Manusia perlu bersyukur dan tidak tamak.
“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) kamu apa yang dilangit dan apa yang dibumi dan menyempurnakan nikmat-Nya untukmu zahir dan batin” (Surah Luqman, ayat 20).
Sistem Jenayah
Sistem jenayah ialah undang-undang jenayah mengikut Syariat Islam.
Dari Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal darah (nyawa) seseorang muslim yang mengucap bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan bahawa aku Raulullah SAW melainkan satu daripada tiga, iaitu orang yang sudah berkahwin melakukan zina, membunuh haiwan dan orang yang meninggalkan agama, keluar daripada jemaah islam”.
Tujuan Fiqh Jenayah
Menjaga agama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda
Hukum Hudud bagi kesalahan mencuri. Mengambil harta orang lain secara tersembunyi (tanpa kerelaan) dengan tujuan memilikinya.
Potong tangan & pulangkan barang yang dicuri
Hannan binti Mohamad Zafir