Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FORMULARI UBAT - Coggle Diagram
FORMULARI UBAT
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pakar Perunding / Pakar / Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan / #Anggota Paramedik/ #Anggota Paramedik Perbidanan
a) Senarai formulari ubat perlu disediakan dan dipersetujui dalam mesyuarat JKUT di fasiliti masing-masing.
b) Senarai ini perlu dikaji secara berkala bagi memastikan penggunaan ubat secara rasional dan kos-efektif berdasarkan keperluan semasa.
c) Penyenaraian semua ubat baru ke dalam formulari institusi perlu mengikut keperluan setempat/Senarai Ubat Penting Kebangsaan/ National Essential Drug List (NEDL) dan kepakaran sedia ada. Kajian semula formulasri institusi adalah digalakkan berdasarkan analisis ABC dan VEN bagi memansuhkan ubat-ubatan yang tidak lagi diperlukan.
d) Ubat yang digunapakai oleh semua aktiviti dalam rawatan penggunaan ubat kepakaran yang tiada dalam formulari setempat, namun tersenarai dalam senarai FUKKM dan berada dalam pasaran Malaysia untuk rawatan/ indikasi spesifik perlu dimohon secara bertulis dan disahkan oleh ketua jabatan kepakaran berkaitan
Permohonan tersebut perlu dibentangkan dalam mesyuarat JKUT dan disenaraikan sebagai Ubat Formulari Khas/ Kawalan jika mesyuarat meluluskannya.
-
-
e) Pegawai farmasi Y/M perlu memastikan peruntukan mencukupi bagi penambahan dan pembelian sebarang ubat-ubatan baru ke dalam formulari di fasiliti masingmasing.
f) Perolehan ubat-ubatan yang tidak terdapat dalam senarai FUKKM perlu mendapatkan kelulusan berdasarkan prosedur yang ditetapkan di Garis Panduan Permohonan Memperolehi dan Menggunakan Ubat-ubatan yang Memerlukan Kelulusan Khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) / Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF).
g) Penggunaan untuk indikasi yang tidak didaftarkan atau tidak tersenarai dalam FUKKM (“Off label” Drug Indication & Not Listed in FUKKM) perlu mendapat kelulusan KPK.
h) Borang keizinan pesakit perlu diisi oleh pegawai perubatan di fasiliti kesihatan yang ingin menggunakan ubat/indikasi yang tidak berdaftar dengan mana-mana badan regulatori di seluruh dunia. Pesakit perlu diberikan penerangan mengenai pilihan rawatan dan menandatangani borang keizinan persetujuan untuk memulakan rawatan.
i) Permohonan untuk menyenaraikan ubat baru/ indikasi baru yang diluluskan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) atau pemansuhan ubat dari senarai FUKKM perlu mengikut Guidelines on Submission of Dossier for Listing into the Ministry of Health Medicines Formulary.