Ajaran Islam adalah mudah difahami, rasional, adil dan sesuai dengan fitrah manusia. Islam mengajarkan tauhid (keesaan Tuhan), akhlak (budi pekerti), syariah (undang-undang), ibadah (persembahan), muamalat (urusan dunia) dan akhirat (kehidupan selepas mati). Islam juga memberi jaminan dan keadilan sosial, menekankan persaudaraan Islam yang universal, tolong-menolong, hormat-menghormati, bersatu padu dan lain-lain