Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
RAS, RASISME, PREJUDIS, STEREOTAIP, DISKRIMINASI DAN SEGREGASI - Coggle…
RAS, RASISME, PREJUDIS, STEREOTAIP, DISKRIMINASI DAN SEGREGASI
PREJUDIS
Kebiasaannya, hal ini berlaku berdasarkan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi dan juga dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.
Impaknya dapat dilihat apabila persaingan berlaku untuk mendapatkan sesuatu yang terhad daripada pelbagai aspek misalnya politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Apabila prejudis berleluasa, hal ini boleh berubah menjadi stereotaip.
Prejudis juga boleh merujuk kepada suatu pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu.
Menurut Kamus Dewan bahasa edisi keempat, prejudis boleh ditakrifkan sebagai rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama dan sebagainya.
-
DISKRIMINASI
Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis atau stereotaip dalam sesebuah masyarakat.
Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.
Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk (individu atau kumpulan etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.
-
-
RAS DAN RASISME
RAS
Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal yang diwarisi dari generasi ke generasi. contohnya, Mongoloid, Negroid, Austroloid
Ras dikatakan kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri fizikal, contoh paling ketara adalah warna kulit
Ras juga merujuk kepada kelompok manusia yang menganggap kelompok lain berbeza daripada mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini berkaitan kebolehan moral dan intelek mereka
RASISME
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap kelompok lain berdasarkan perbezaan ras atau ciri fizikal yang dilakukan secara terbuka melalui perilaku dan tindakan
-
-