Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
konsep asas hubungan etnik (daing raihana - Coggle Diagram
konsep asas hubungan etnik (daing raihana
konsep asas
etnik
dari segi bahasa boleh didefinasikan
sebagai kaum atau bangsa.
dari segi istilah boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi
berkenaan bangsa manusia di mana ia tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur suatu kaum
dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya dan mengikut demografi
etnisiti
merujuk kepada rasa kekitaan suatu kumpulan etnik tertentu
wujud satu kebudayaan atau sub budaya jelas di mana anggota berasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama
etnosentrisme
kepercayaan atau rasa bangga yang wujud di kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain
konsep asas
akomodasi
proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing dan hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain
akulturasi
proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari suatu kebudayaan lain yang berlainan
terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri
tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima
asimilasi
proses percantuman dan penyatuan antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama
penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain
asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti
amalgamasi
proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras yang baru
contoh: perkahwinan campur antara etnik
konsep asas
ras
sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata dan warna rambut
rasisme
pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh suatu kelompok sosial atau para anggotanya mengenai suatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui prilaku atau tindakan terbuka
gabungan prejudis dan kuasa diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit, mata dan ciri fizikal-biologikal
wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan tahap institusi
prejudis
pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang atau satu kelompok etnik yang sering tidak diluah secara terbuka mengenai ahli atau kelompok etnik lain
selalunya tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat, atau mencukupi
stereotaip
kenyataan umum yang negatif terhadap suatu etnik
gambarab berlebihan tentang suatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada suatu etnik atau etnik lain
diskriminasi
pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif
perbuatan membezakan seseorang individu atau suatu kelompok etnik lain berasaskan ciri etnik semata
segregasi
hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik dalam sesebuah negara
pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam