Coggle requires JavaScript to display documents.
Berdaya saing: Aspek daya saing ini jika berlaku dalam kalangan pelajar di peringkat antarabangsa boleh menyerlahkan lagi mutu pendidikan dan seterusnya membina satu pertandingan yang sihat.
Wujudnya hubungan sumber pendidikan dan kemudahan penyelidikan di peringkat yang lebih luas. Keadaan ini akan memberi faedah yang besar terhadap program pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi merentasi budaya boleh menyebabkan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi pasaran buruh antarabangsa. Hal ini bermakna kemahiran seperti bahasa dan komunikasi yang akan digunakan lebih menjurus ke arah perdagangan atau pemiagaan antarabangsa.
Kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam dunia globalisasi akan menyebabkan pendidik dan pelajar lebih bersedia menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak atau permintaan secara global.
Kefahaman nilai antarabangsa akan meningkatkan lagi keupayaan memahami nilai-nilai manusia sejagat dan ini boleh menyebabkan dunia menjadi aman.
Peningkatan bilangan institusi pendidikan swasta.
Penyebaran teknologi maklumat akan berlaku dan ini dilihat berupaya menyediakan peluang-peluang pendidikan sepenuhnya.
Kewujudan sistem pendidikan yang sangat bergantung kepada cita rasa global.
Memerlukan pemantauan yang mendalam dari aspek permasalahan anti sosial.
Perubahan dari segi sistem pendidikan akan berlaku akibat daripada permintaan pasaran tenaga kerja dan pengeluaran nilai tambah yang tinggi terhadap sesuatu barangan pengguna. lni bertentangan dengan matlamat dan peranan yang ingin didukungi sesebuah institusi pendidikan, khususnya universiti.
Berlakunya ketidakadilan dalam sesuatu perkongsian kerana segala keputusan yang berat sebelah akan dibuat oleh negara-negara yang sudah maju.
Dalam percubaan untuk memenuhi kehendak global, sesuatu polisi pendidikan yang lama terbentuk akan tersasar dari matlamat sebenamya untuk memenuhi tuntutan sektor awam tempatan. Pendidikan hanya dilihat sebagai komoditi ataupun pelaburan dan bukan lagi sebagai resipi kehidupan yang sempurna. Oleh itu, pendidikan sentiasa dikawal oleh kehendak pasaran.
Negara-negara kaya akan mengambil peluang menindas negara-negara yang lemah untuk merampas peluang dan sumber yang ada bagi memajukan sistem pendidikan negara mereka sendiri.