Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Hak Istimewa Orang Melayu dan Peribumi Sabah dan Sarawak - Coggle Diagram
Hak Istimewa Orang Melayu dan Peribumi Sabah dan Sarawak
Siapakah Orang Melayu?
Orang Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan ialah:
Seseorang yang menganuti agama Islam.
Lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu.
Mengikut adat istiadat Melayu.
Lahir sebelum Merdeka di Persekutuan atau Singapura.
Ibu bapanya lahir di Persekutuan atau Singapura pada hari Merdeka.
Hak-hak Istimewa
Perkara 153
Perkhidmatan Awam
Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
Ekonomi
Mengikut peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.
Biasiswa
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
Perkara 89 dan 90
Hak Tanah
Mengenai peruntukan ini yang merupakan kedudukan istimewa orang Melayu yang diperuntukkan dalam Perkara 89 yang berkaitan tanah rezab orang Melayu
Fasal 1: Jika tanah di negeri yang menjadi rizab
melayu sebelum hari merdeka, maka ia boleh terus menjadi tanah rizab orang melayu melainkan diperuntukkan oleh badan perundangan negeri
Fasal 2: Jika tanah di suatu negeri pada
masa itu belum dimajukan maka ia boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab orang Melayu.
Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat, Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai (bangsa lain), luas tanah untuk orang ramai tidak boleh melebihi luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang bukan Melayu.
Siapakah bumiputera di Sabah dan Sarawak?
Sabah: Anak atau cucu daripada seseorang yang berketurunan asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.
Sarawak: Mana-mana kaum asli iaitu bidayuh,dusun, dayak laut, kadayan, murut dan sebagainya