Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MINGGU 5 (ASAS KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM), TUJUAN, WAHYU, AKAL -…
MINGGU 5
(ASAS KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM)
ILMU MENURUT PANDANGAN IMAM GHAZALI
Ontology
Aksiologi
Epistemologi
KURIKULUM MELIBATKAN :
Pengalaman Pendidikan
Kemahiran
Pelajar
Bahan Pengajaran
KONSEP
:star: Kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan.
:star: Ia suatu rancangan yang meliputisegala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan norma, unsur- unsurkebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli- ahlinya.
:pencil2: Kurikulum Pendidikan Islam KSSM ini digubal bagi memenuhi keperluan membina dan membentuk peribadi muslim yang memahami,mengamalkan dan menghayati Islam secara menyeluruh.
4 SUMBER ILMU
:star: Wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan oleh Allah s.w.t kepada manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu
:star: Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal pemikiran manusia.
:star: Akal sumber utama pengetahuan manusia, malah perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif.
:star: Manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk, walaupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran secara mutlak namun ianya memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian.
:star: Allah s.w.t menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan.
:star: Al-Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah s.w.t agar manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran yang hakiki.
PANCAINDERA
:star: Semua pancaindera seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran dan deria rasa merupakan sumber pengetahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul.
ILHAM
:star: Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang menumpukan pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang sendiri. Dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.
7 BIDANG KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Ibadah
Sirah
Akidah
Adab
al-Hadith
Jawi
al-Quran
MATLAMAT
:lock: untuk melahirkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh, dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah yang bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan akhirat.
TAHAP PENGUASAAN PENDIDIKAN ISLAM
Amalan
Murid dapat menjelaskan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
Iltizam
Murid berkebolehan menghuraikan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari secara bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab melaksanakannya dalam kehidupan harian
Amali
Murid dapat menjelaskan konsep atau menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara praktik
Penghayatan
Murid berkebolehan memberikan justifikasi serta istiqamah terhadap tindakan yang
dilakukan dalam kehidupan harian berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
Ilmu
Murid dapat menguasai asas pengetahuan, kemahiran dan nilai
Pentabiatan
Murid berkebolehan merumuskan pengetahuan, mengaplikasikan kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari dalam bentuk perubahan tingkah laku serta mempamerkan ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang yang bertaqwa dan boleh dicontoh atau boleh membimbing orang lai
TUJUAN
WAHYU
AKAL