Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Topik 5 : PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DALAM…
Topik 5 : PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran.
Pendekatan Deduktif
Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan dan kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.
Pendekatan Tematik
Digunakan dalam banyak pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan ini merujuk kepada tema yang terkandung dalam kurikulum mengikut minggu berkenaan, tema akan disusun mengikut perkara atau isu yang biasa.
Pendekatan Induktif
Pengajaran daripada perkara yang spesifik kepada umum. Dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi, Guru membantu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh. Guru meminta murid-murid menyenaraikan jenis air kemudiannya mengkategorikannya mengikut jenis-jenis air mutlak.
Perbandingan Pedagogi Lama dengan Pedagogi Abad ke-21
Dipimpin guru, arahan langsung, pengetahuan, kandungan, kemahiran asas, teori, kurikulum, individu, bilik darjah, pentaksiran sumatif, belajar untuk sekolah
Berasaskan murid, pembelajaran kolaboratif, kemahiran proses, pemikiran aras tinggi, praktikal, kemahiran hidup, berkumpulan, komuniti, pentaksiran formatif, belajar untuk kehidupan.
5 Standard Asas PAK21
Nilai Murni & Etika
Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia.
Pemikiran Kritis
Berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Kreativiti
Berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek baharu, unik, berguna dan berkualiti.
Kolaboratif
Berlaku kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid.
Komunikasi
Berlaku interaksi antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan.