Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Soalan 61: Jelaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa al…
Soalan 61: Jelaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
Pendahuluan
§ Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya.
§ Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin. Sumber Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama; Harta Masyarakat - Sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. Harta Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah dan harta tanpa waris. Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya.
§ Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan keperluan asas dan membasmi kemiskinan. Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan prinsip ekonomi Islam.
Sumber Baitulmal
Zakat.
§ Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
§ Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian, zakat emas dan perak.
Kharaj.
§ Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.
Jizyah.
§ Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi.
§ Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih bidup dan berupaya. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.
Ghanimah dan Al-fay.
§ Ghanimah merupakan harta rampasan perang. al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada pewaris dan harta karun.
§ Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada perbelanjaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.
Usyur.
§ Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak 10%. Bagi kafir Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5 %.
§ Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.
Peranan Baitulmal
Membantu perkembangan ekonomi Islam.
§ Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik. Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.
§ Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera.
§ Penting bagi menjamin negara islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan tentera.
§ Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber baitulmal digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera islam yang menghadapi ancaman daripada tentera Byzantine.
Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.
§ Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki.
§ Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki tanah.
Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat islam.
§ Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati. Pengagihannya mestilah adil dan saksama.
§ Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para sahabat.
Kesimpulan
§ Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan.