Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Soalan 56: Huraikan prinsip ekonomi Islam yang berkaitan dengan pemilikan…
Soalan 56: Huraikan prinsip ekonomi Islam yang berkaitan dengan pemilikan harta dan aktiviti ekonomi yang dilarang oleh Islam.
Pendahuluan
§ Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariah Islam sama ada diperingkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT. Ekonomi Islam merupakan sebahagian daripada cara hidup Islam yang menyeluruh merangkumi aspek rohani dan jasmani
§ Kerangka pemikiran Islam jelas mengatakan tidak ada pemisahan antara agama dan ekonomi kerana asas ekonomi Islam berbentuk segi tiga iaitu Allah S.W.T. sebagai pencipta dan penguasa, manusia sebagai hamba dan harta kekayaan yang mesti dimanfaatkan menurut hukum dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Umat Islam dibenarkan menjalankan kegiatan ekonomi bagi memperoleh pendapatan selagi cara yang digunakan tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah
-
Hak milik individu :
§ Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan mengambil manfaat daripada harta yang dianugerahkan Allah SWT. Hak milik dalam Islam adalah tidak mutlak tetapi terikat kepada hukum dan peraturan Allah.
§ Islam mengiktiraf pemilikan harta secara individu. Pada masa yang sama Islam mensyaratkan pemilik harta supaya menjaga dan memelihara agama, jiwa, kehormatan dan keselamatan harta serta melarang memperoleh harta secara haram.
§ Pemilikan harta individu yang tidak terkawal dan terarah boleh mendatangkan gangguan terhadap orang lain dan kebajikan umum. Demi kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat, Islam telah menentukan cara-cara pemilikan harta. Dalam agihan harta hendaklah dielakkan daripada berlaku jurang pendapatan yang terlalu besar atau melakukan pembaharuan harta sehingga orang lain tidak dapat menikmati hasil daripada pengembangan harta yang banyak.
§ Umat Islam diingatkan supaya perolehan harta yang banyak boleh mendatangkan kecintaan yang berlebihan terhadap harta dan seterusnya melalaikan manusia daripada melakukan ibadat dan mengingati Allah SWT. serta boleh terjerumus ke lembah kehinaan dan kekufuran.
§ Pemilik harta juga harus membelanjakan harta ke jalan Allah SWT. dengan menderma,membuat amal jariah dan mengeluarkan zakat. Jika seorang hartawan tidak mengeluarkan zakat,nasib orang miskin tidak akan terbela dan mereka akan terus berada dalam kemiskinan dan kemelaratan.
Hak milik umum :
Harta yang dikhususkan kepada kepentingan umum atau masyarakat merangkumi harta umum yang sedia ada atau ciptaan Tuhan dan harta hasil usaha manusia seperti pembinaan jalan raya, talian air paip, tempat rekreasi dan seumpamanya. Harta ini perlu dipelihara dan dikongsi bersama.
Harta milik umum ini pada kebiasaannya diurus oleh pihak pemerintah dan diagihkan secara adil dan saksama kerana ia merupakan hak milik bersama.
Melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh Islam iaitu yang bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan.
Dalam proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarang penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja.
Mesti dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Sebaliknya digalakkan sifat berjimat cermat, berhemat dan bantu membantu serta menggunakannya dalam perkara-perkara yang diharuskan sahaja.
-
-
Islam mengharamkan aktiviti perniagaan atau ekonomi yang berasaskan riba. Pengamalan riba yang bermaksud pembayaran kembali kepada peminjam yang dilakukan oleh individu atau berkumpulan terhadap modal kewangan dengan melibatkan tambahan nilai melebihi daripada asal sesudah selesai tempoh pembayaran yang dipersetujui bersama.
Riba jelas diharamkan di dalam Islam berdasarkan firman Allah SWT. dalam surah al-Baqarah yang bermaksud “…Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. Oleh itu, riba jelas hanya akan menyusahkan peminjam dan dianggap sebagai penindasan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
-
Islam turut mengharamkan amalan rasuah kerana akan melibatkan unsur penipuan dan dapat meruntuhkan nilai moral sehingga menjatuhkan nilai agama dan kestabilan negara. Kesan pengamalan rasuah amat ketara iaitu melibatkan penyalahgunaan kuasa, melemahkan pentadbiran dan ekonomi negara akan turut terjejas.
-
Islam juga mengharamkan judi kerana mendatangkan kerosakan akhlak dan moral manusia. Orang yang mengusahakan perjudian dan melibatkan diri dalam perjudian akan menanggung dosa. Allah SWT. telah berfirman dalam surah “ al-Maidah yang bermaksud “…Sesungguhnya (minum) arak ,berjudi,….adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan.” Malahan , judi boleh menyebabkan seseorang itu bersikap malas dan sentiasa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain sahaja.
-
Kegiatan pelacuran juga adalah sumber ekonomi yang diharamkan oleh Islam. Kegiatan ini melibatkan perkhidmatan untuk mendapatkan wang menerusi penzinaan. Jelasnya, amalan ini akan merosakkan masyarakat, merendahkan moral serta menjejaskan keturunan.
-
Kegiatan mencuri dan merompak juga merupakan aktiviti ekonomi yang diharamkan oleh Islam. Allah SWT. telah berfirman dalam surah al-Maidah yang bermaksud “ Lelaki dan wanita yang mencuri potonglah tangannya sebagai balasan kejahatan yang dilakukannya dan seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
Hal ini membuktikan bahawa Islam amat tegas dalam hukum mencuri kerana kegiatan ini bukan sahaja meruntuhkan moral individu malahan turut mengancam keharmonian masyarakat dan negara.
Kesimpulan
§ prinsip ekonomi Islam lebih mementingkan pemilikan harta untuk dikongsi bersama dan mengharamkan ekonomi yang menjurus kepada kemusnahan diri, agama, masyarakat dan negara
§ pihak berkuasa atau pemerintah wajib melaksanakan sistem ekonomi yang adil dan membanteras sebarang penyelewengan demi mewujudkan keadilan dan keseimbangan dari segi agihan harta antara individu di satu pihak dan masyarakat dipihak yang lain