Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori Pembelajaran - Coggle Diagram
Teori Pembelajaran
Teori Pembelajaran Kognitif
Wolfgang Kohler
Teori Pembelajaran Wawasan
pemahaman secara spontan tentang hubungan antara masalah
dan penyelesaian
membentuk kemahiran penyelesaian yang betul ketika muncul dimana-mana dan boleh berulang bagi proses penyelesaian masalah yang seterusnya
peringkat pembelajaran wawasan
persediaan
inkubasi
wawasan
pengesahan
Jean Piaget
Teori Piaget
Kanak-kanak melalui peringkat tertentu mengikut intelek dan kebolehan mereka untuk melihat perhubungan yang matang
Peringkat kanak-kanak ini berlaku dalam susunan yang sama dalam semua kanak-kanak, merentasi semua budaya dan latar belakang
Konsep utama : Akomodasi dan Asimilasi
Robert Gagne
Teori Gagne
Bidang utama
Taksonomi hasil pembelajaran
Kaedah pembelajaran
Peristiwa pengajaran
Jerome Bruner
Teori Kognitif Bruner
kanak-kanak membina pengetahuan menggunakan tiga mod yang dipanggil perwakilan yang sepadan dengan peringkat perkembangan
semasa kanak-kanak berkembang mereka menguasai setiap mod yang semakin kompleks
perkembangan ini melibatkan interaksi untuk menjadi lebih mahir dalam menterjemah setiap mod
pelajar yang belajar berinteraksi dengan reatiti akan dapat menetapkan strategi bersesuaian dengan keupayaan
David Ausubel
Teori Pembelajaran Bermakna Ausubel
pengetahuan yang betul hanya boleh dilahirkan apabila kandungan perkara baharu mempunyai makna terhadap pengetahuan yang mereka telah miliki
pembelajaran bermakna terbentuk apabila pembelajaran baharu dapat dihubungkan dengan pengetahuan yang terdahulu kerana ada perkaitan dengan cara yang mewujudkan makna baharu
maklumat baharu yang diasimilasi menjadikan pengetahuan terdahulu lebih stabil dan lengkap
Teori Pembelajaran Behaviouris
Ivan Pavlov
Prinsip asas Teori Behaviorisme Pavlov
Perkaitan antara dua rangsangan dinamakan pelaziman
Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas
Pembelajaran berlaku akibat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas
Edward Thorndike
Prinsip pembelajaran golongan Behavioris
Pembelajaran adalah satu pelaziman. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran. Latihan dan latih tubi, pujian, pengiktirafan, pemberian keistimewaan, maklum balas, galakan dan tindak balas positif adalah berfungsi sebagai
pengukuhan
Menurut prinsip ini, satu tindak balas yang betul perlu diberi peneguhan dengan cara memberi ganjaran yang sesuai
Pengukuhan adalah satu syarat penting dalam pembelajaran dan pembentukan tingkah laku. Pengukuhan merupakan alat untuk membentuk tingkah laku positif
B.F Skinner
Teori Pelaziman Operan Skinner
peneguhan positif
peneguhan negatif
dendaan
penghapusan
diskriminasi
Teori Pembelajaran Konstruktivis
Jean Piaget
Teori pembelajaran konstruktivisme kognitif
keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat
Pengetahuan tersebut dibina melalui melalui maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi
Proses adaptasi merujuk kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran dan ini dinamakan equilibrasi
Adaptasi dapat dibahagikan kepada dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi
Asimilasi bermaksud apabila maklumat baharu mempunyai ciri ciri persamaaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan diserapkan dengan mudah ke dalam struktur kognitif
Akomodasi pula bermaksud apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, akan berlaku ganggu-gugat atau keseimbangan dalam struktur kognitif. Proses ini dinamakan disequilibrasi
Lev Vygotsky
Teori Vygotsky
Melalui interaksi tidak formal dan persekolahan formal, orang dewasa menyampaikan cara bagaimana budaya mereka mentafsir dan bertindak
Dalam interaksi dengan kanak-kanak, orang dewasa berkongsi makna sesuatu kepada mereka melalui objek, peristiwa dan pengalaman
Dalam proses tersebut, mereka berubah, atau menjadi pengantara, ketika kanak-kanak menghadapi sesuatu situasi
Maksud sesuatu perkara disampaikan melalui pelbagai mekanisme, termasuk bahasa, simbol, matematik, seni, muzik, literasi dan sebagainya
Teori Pembelajaran Humanistik
Carl Rogers
Teori Personaliti
Konsep Kendiri Positif
Konsep Kendiri Negatif
Abraham Maslow
Teori Kesempurnaan Diri
Maslow menumpukan idea dalam teori kepada aspek positif sifat manusia. Pada ketika kebanyakan ahli psikologi memberi tumpuan kepada aspek sifat manusia yang dianggap tidak normal, Abraham Maslow mengalihkan tumpuan untuk melihat sisi positif kesihatan mental yang semakin relevan pada zaman ini.
Maslow memberi pandangan yang mempengaruhi cara manusia melihat kesihatan mental. Minatnya terhadap potensi manusia, pengalaman puncak, peningkatan kesihatan mental, dan pencapaian peribadi mempunyai pengaruh yang dominan terhadap psikologi.
Teori Pembelajaran Sosial
Albert Bandura
Proses pengantaraan berlaku antara rangsangan dan gerak balas
Tingkah laku dipelajari daripada persekitaran melalui proses pembelajaran pemerhatian
Pembelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada pemerhatian seseorang individu terhadap individu lain atau model-model simbolik seperti televisyen dan sebagainya
Peniruan selalunya dikukuhkan oleh sesuatu
Pembelajaran pemerhatian dapat diterangkan melalui prinsip pelaziman klasik
Teori Pembelajaran Masa Kini (Teori Connectivisme)
George Siemens
Pembelajaran dan pengetahuan mempunyai kepelbagaian pendapat dan pandangan individu
Pembelajaran boleh berlaku di luar diri manusia
Kapasiti atau kebolehan untuk lebih mengetahui adalah lebih penting berbanding apa yang telah diketahui
Keperluan memelihara hubungan rangkaian pembelajaran penting supaya pembelajaran berlaku secara berterusan
Pengetahuan terkini merupakan satu kegiatan dalam pembelajaran connectivism
Membuat keputusan merupakan proses pembelajaran