Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN GURU DAN PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN BERKESAN DALAM PENDIDIKAN…
PERANAN GURU DAN PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN BERKESAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Peranan Guru
Kemurnian Akhlak dan Budi Pekerti
Ia akan menjadi ikutan dan panduan buat anak-anak murid. Akhlak baik yang akan dicontohi seperti sopan santun, lembut tutur kata, berdisiplin, bermentaliti kelas pertama dan berpakaian kemas.
Kesediaan untuk Berubah
Penggunaan teknologi pengajaran terkini di sekolah dan pengenalan dasar dan polisi pendidikan yang baru adalah contoh perubahan yang perlu dihadapi dan ditangani oleh guru sebaiknya.
Nilai Kepimpinan Berwibawa
Perlulah berasaskan dengan ajaran Islam yang syumul dan apa yang digariskan dalam konteks moral.
Minat dan Cinta Terhadap Profesion Keguruan
Ia akan mendorong ke arah kesempurnaan kerjaya seorang guru kerana ia akan melakukan sesuatu tugasan dengan bersungguh-sungguh.
Pembinaan Kekuatan Intelek
Seorang Guru akan dijadikan sebagai sumber rujukan oleh para pelajar dalam bidang masing-maisng.
Martabat Guru
Mu'allim
Guru tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka
tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain
Mursyid
Guru menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar
Mudarris
Guru hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja
Murabbi
Guru mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh
SEJAHTERA
Akronim "SEJAHTERA" digunakan untuk menunjukkan nilai nilai peribadi guru itu
S: selamat, seronok, sihat
E: etika, empati
J: jati diri
A: adab sopan
H: harmoni
T: tekun, teliti, tampil
E: eksplorasi
R: rasional
A: artikulasi
Guru sebagai
Pendidik : Mendidik akal budi menjurus kepada kecermelangan murid daripada segala aspek. :
Suri Teladan : Memberi inspirasi dan mendorong murid untuk berusaha mencapai kejayaan, hidup dengan potensi sepenuhnya dan melihat yang terbaik dalam diri sendiri..
Fasilitator : membimbing pelajar dalam pemahaman mereka tentang bahan, memberi mereka peluang untuk mempraktikkan apa yang mereka pelajari, dan menggalakkan mereka bertanya soalan.
Inovator : Sentiasa ambil cakna dengan perubahan semasa dan mengemas kini pengetahuan dan konsep yang semakin meningkat di hadapan pelajar.
Kaunselor : Melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis serta membantu pelajar mengatasi masalah yang mereka hadapi.