Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Latar belakang dan sumbangan Sultan Muhammad Al-Fatih - Coggle Diagram
Latar belakang dan sumbangan Sultan Muhammad Al-Fatih
Pendahuluan
Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.
Sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan.
Latar Belakang
Nama sebenar Sultan Muhammad al-Fatih ialah Muhammad II dan diberi gelaran 'al-Fatih' yang bermaksud 'pembuka' kerana berjaya menawan kota Constantinople (Istanbul).
Dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edime iaitu ibu negara Kerajaan Turki Uthmaniyah pada masa itu dan merupakan putera Sultan Murad II, sultan keenam Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dan mengikuti sistem pendidikan yang tersusun dan sistematik di bawah pengawasan sekumpulan ulama.
Pada usia 11 tahun, baginda dilantik sebagai Amir di Amasya, utara Turki dan mengambil beberapa orang ulama untuk belajar seperti Syeikh Aq Shamsuddin yang diseganinya.
Pada usia 12 tahun, baginda menaiki takhta melalui lantikan bapanya pada tahun 1444 Masihi selepas bapanya mengadakan perjanjian damai dengan Hungary pada 12 Jun 1444M.
Di awal pemerintahan baginda, tentera Hungary di bawah John Hunyadi melanggar perjanjian damai dengan menyerang kawasan taklukan tetapi berjaya dikalahkan.
Gabungan tentera Hungary-Poland menyebabkan bapanya, Sultan Murad II mengambil alih takhta dan mengetuai peperangan Varna pada 10 November 1444 Masihi.
Pada 1451 Masihi, bapanya mangkat dan baginda dinaikkan takhta semula yang pada masa itu berusia 19 tahun.
Baginda sangat sinonim dengan penaklukan kota Constantinople (Istanbul) kerana berkait dengan hadis Nabi Muhammad SAW tentang seorang pemimpin yang akan menakluknya.
Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 Masihi pada usia 46 tahun di tanah perkuburan Masjid al-Fatih, Istanbul.
Mengikut catatan, baginda mangkat akibat terminum racun oleh anak sulungnya iaitu Beyazid sehingga diraihkan dan digelar 'The Great Eagle is dead' oleh Eropah.
Sumbangan
Penaklukan dan pembukaan Constantinople
Merupakan jasa terbesar baginda kerana bukan sahaja memenuhi cita-cita akidah tetapi memudahkan gerakan pembukaan di Balkan.
Selama 2 tahun, baginda mengkaji pelan Kota Constantinople dan sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu yang bermula dari zaman Khulafa al-Rasyidin.
Baginda mengarahkan tenteranya membina peralatan perang moden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kilogram sejauh satu batu.
Mengumpul 250 000 orang tentera yang terdiri daripada 12 000 janisseri, 20 000 sipahi, 100 000 pejalan kaki, dan selebihnya hamba abdi.
Strategi peperangan terdiri daripada dua iaitu angkatan darat dan angkatan laut serta menggunakan taktif kepung, saraf, tempur gali terowong dan menara turus.
Mengepung kota Constantinople bermula 1453 Masihi dengan 400 buah kapal di laut dan 200 buah meriam di darat.
Taktik paling berkesan baginda adalah apabila berjaya menarik 67 kapal ringan merentasi bukit dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas.
Seramai 150 000 tentera Islam bersolat di belakang baginda dengan suara takbir sehingga tentera Byzantine Constantiniople gentar.
9.Pada 19 April 1453 Masihi, serangan peluru meriam dimulakan selama 48 hari selepas Maharaja Byzantine menolak tawaran menyerah kalah.
Pada 29 Mei 1453 Masihi, selepas 53 hari pengepungan , tentera Islam berjaya menakluk Kota Constantinople dan baginda menukar namanya kepada Islambul atau Istanbul.
Peluasan jajahan takluk
Bagi mengukuhkan kota Istanbul yang baru ditakluk dan dibuka serta dijadikan ibu negara baharu Kerajaan Turki Uthmaniyah, baginda ingin meluaskan jajahan takluk.
Beberapa siri peperangan ke atas negeri-negeri sempadan dilancarkan seperti Serbia (1454-1459M), Morea (1458-1460M), Trebizond(1460-1461M), Bosnia (1463M) Anatolia (1464M), Albania (1466M), Crotia (1469M) dan Negroponte (1470M).
Baginda turut menyerang pelabuhan Venice di Laut Adriatic bagi meluaskan lagi jajahan takluk sehingga Venice sanggup membayar ufti tahunan sebanyak 10 000.
Pentadbiran
Selepas menakluk Constantinople, baginda menukar namanya kepada Islambul (Islam seluruhnya) atau Istabndul dan dijadikan ibu negara pentadbiran yang baharu.
Baginda melarang keras sebarang keganasan terhadap musuh yang menyerah kalah dan membenarkan penduduk Krisitian Constantinople keluar secara aman.
Baginda turut memberi pengampunan, melaksanakan perdamaian serta mewujudkan toleransi beragama dalam kalangan penduduknya.
Baginda melayan penduduk Constantinople dengan hormat seperti membenarkan ajaran Kiristian dan mengekalkan gereja.
Baginda melantik ketua-ketua mazhab Krisitian dan mengarahkan tentera Islam tidak merosakkan gereja sebaliknya membaik pilih gereja.
Baginda membina masjid, sekolah, istana , taman-taman, pasar-pasar dan hospital percuma kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Ekonomi
Baginda mencetak mata wang baharu bagi mengambarkan kekuatan dan kedaulatan negaranya.
Baginda turut menghalang penguasaan individu atau monopoli terhadap barangan seperti garam, sabun dan lilin sebagai produk negara.
Mengambil alih semula 20 000 tanah-tanah kampung dan estet untuk dijadikan milik negara seterusnya menambah pendapatan dan sumber ekonomi negara.
Meningkatkan sektor perdagangan dengan membina infrastruktur dan membangunkan bandar Nicae sebagai jaringan perdagangan yang maju.
Membina kilang logistik, kilang senjata dan benteng keselamatan dalam bidang industri serta menggalakkan pelabur luar masuk membangunkan Constantinople.
Sosial
Memperbaiki sistem saliran, sistem infrastruktur, pembentungan, dan pasar-pasar serta menjamin struktur dan keutuhan bangunan-bangunan dalam negara.
Membina Istana Topkapi sebagai lambang kemewahan dan memanggil semua pedagang di Balkan ke Constantinople.
Keadaan ini menyebabkan penduduk Istanbul semakin maju dan bertambah sehingga mencecah 100 000 orang.
Membina lapan buah sekolah yang lengkap dengan asrama, perpustakaan, ruang makan dan penyeragaman kurikulum.
Menggalakkan pembelajaran kanak-kanak diajar sejak awal dan menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar.
Baginda menggalakkan para menteri, ulama dan hartawan membangunkan institusi pendidikan seperti sekolah, masjid dan waqaf.
Kesimpulan
Keperibadian dan akhlak baginda mirip apa yang digambarkan sebagai keperibadian Islam yang unggul.
Baginda merupakan seorang yang begitu warak dan sempurna dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim serta cintakan Islam.
Memiliki Ilmu dan pengetahuan yang tinggi serta pelbagai yang melengkapkan baginda sebagai seorang pemimpin yang agung.
Mempunyai perancangan rapi dan strategi yang tersusun serta bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan bagi merealisasikan dan mencapai matlamat akhir yang diingini.
Memiliki ketokohan dan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin yang sempurna dari pelbagai aspek yang diperlukan.