Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Latar belakang dan sumbangan Salehuddin Al-Ayyubi - Coggle Diagram
Latar belakang dan sumbangan Salehuddin Al-Ayyubi
Pendahuluan
Salehuddin al-Ayyubi atau nama penuhnya Salahuddin Yusof bin Najmuddin Ayub berketurunan Kurdi dari kaum Quraisy suku Ruwaidhah. Di dunia Eropah, beliau digelar sebagai Saladin. Beliau merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat tinggi dan masyhur semasa Perang Salib. Kejayaan terbesar ialah mengalahkan kerajaan tentera Salib serta mengambil semula Baitulmaqdis dan Palestin daripada penguasaan Kristian pada abad ke12M.
a) Latar belakang
Nama sebenar Salehuddin al-Ayyubi ialah Salah al-Din Yusuf bin Najmuddin Ayyubi dan nama gelarannya ialah Al-Malik al-Nasir al-Sultan.
Dillahirkan pada tahun 1138 Masihi di Tikrit (hari ini Iraq) dalam empayar kerajaan Bani Abbasiyah dan berketurunan Kurdish.
Sejak kecil mendapat pendidikan Islam yang sempurna dan berperwatakan disiplin ketenteraan kerana mendapat pendidikan daripada ayahnya dan bapa saudaranya.
Salehuddin dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya dan tinggal di sana selama 10 tahun.
Dilantik sebagai panglima tentera pada tahun 1169 Masihi daripada bapa saudaranya untuk menentang kerajaan Fatimiyah di Mesir.
Beliau kemudian dilantik sebagai pemerintah Mesir selepas membunuh pemerintah Mesir kerajaan Fatimiyah, Shawar pada tahun 1170.
Pada tahun 1174, beliau dilantik sebagai Sultan Mesir selepas kematian Sultan Nuruddin al-Zinki.
Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan Mesir daripada kerajaan Saljuk dan mengasaskan kerajaan Ayyubiyah.
Beliau sangat sinonim dengan Peperangan Salib dan kota Baitumaqdis (Jerusalem) sehingga akhir hayatnya.
Beliau meninggal dunia pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik (Syria) pada usia 57 tahun akibat demam dan tidak meninggalkan harta.
Hampir kesemua hartanya diberikan kepada rakyatnya yang miskin dan dicatatkan hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak.
b) Sumbangan
Menakluk/ membebaskan Baitulmaqdis(Jerusalem)
Kejayaan tentera Islam dalam Perang Hittin menyebabkan beliau meneruskan kemaraan menakluk hampir semua kota dalam kerajaan Baitulmaqdis.
Kota Baitulmaqdis dikepung pada 2 Oktober 1187 dan beliau berjanji tidak akan menumpahkan darah serta menjanjikan perdamaian.
Selepas menguasai kota Baitulmaqdis secara damai, beliau mematuhi perjanjian dengan mengenakan bayaran tebusan kepada semua penganut Krisitian.
Beliau mengecualikan bayaran tebusan kepada 7000 fakir Krisitian dan membebaskan 10 000 fakir miskin Krisitian.
Beliau membenarkan pemimpin agama Krisitian dan penduduk Krisitian yang mahu keluar untuk membawa barangan keperluan mereka tanpa halangan.
Beliau juga bertolak ansur dengan membenarkan penganut Krisitian mengunjungi dan beribadat ke kota Baitulmaqdis secara aman.
Menentang Perang Salib
Bermula apabila tentera salib Perancis di bawah Raynald of Chatillon menyerang dan bertindak kejam terhadap kafilah perdagangan beliau serta mempersendakan Islam.
Raynald juga mengancam para rombongan haji di Laut Merah dan mengugut menyerang Makkah dan Madinah serta mencaci Nabi Muhammad SAW menyebabkan beliau berjanji akan memancung kepala Raynald.
29 September 1182, beliau memulakan operasi ketenteraan dan pada 4 Julai 1187 berlaku pertempuran di Hittin dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam.
Raynald berjaya ditangkap dan dihukum mati.
Penyatuan Wilayah
Beliau berjaya menyatukan wilayah-wilayah Islam di bawah pemerintahannya seperti Yaman, Barqah, Tripoli, Syaharrzur, Qarabili dan Tafjak.
Penyatuan wilayah ini sangat penting kerana dapat mengelakkan masyarakat Islam dari terus berbunuhan dan berperang sesama Islam.
Beliau juga berjaya menyatukan tentera-tentera Mausul, Sanjar, al-Jazirah, Irbil, Harran dan lain-lain di bawah satu panji Islam.
Beliau seterusnya mengutus surat kepada pemerintah Kerajaan Abbasiyah, Khalifah Al-Mustadi' yang menggantikan Khalifah Al-'Adid untuk mendapat pengiktirafan.
Kerajaan beliau diiktiraf dan memperlihatkan keluasan pentadbiran merangkumi utara Iraq, Kurdistan, Syam, Yaman, Mesir, Maghribi dan pantai utara Afrika.
Membantu Dinasti Zangi
Beliau memberi taat setia kepada pemerintah Dinasti Zangi di Syria, Sultan Nuruddin al-Zinki kerana bapa saudaranya, Syirkuh merupakan panglima kerajaan.
Semasa kecil, beliau telah dihantar ke Damsyik, Syria dan tinggal di kawasan istana milik Sultan Nuruddin al-Zinki.
Beliau dan bapa saudaranya membantu Khalifah Al-'Adid dan meneruskan usaha memerangi Dinasti Fatimiyah di Mesir.
Dinasti Fatimiyah di bawah Shawar telah mengikuti tentera Salib menentang DInasti Zangi pada tahun 1166 Masihi.
Beliau dan bapa saudaranya telah menawan Mesir dan membunuh Shawar menyebabkan bapa saudaranya dilantik sebagai wazir Mesir.
Pada tahun 1170 Masihi, bapa saudaranya mangkat dan beliau menggantikan jawatan wazir Mesir.
Pengasas Dinasti Ayyubiyah
Beliau menjadi panglima agung dan sultan pertama dalam Dinasti Ayyubiyah di Mesir selama 350 tahun.
Selepas kemangkatan Sultan Nuruddin pada 1174 Masihi, beliau berusaha membantu menyelesaikan masalah dalam negeri kerana sikap pembesar Dinasti Zangi.
As-Salih Ismail al-Malik yang masih muda dilantik sebagai pemerintah Syria tetapi menganggap Salehuddin hendak menyerangnya dan lari ke Aleppo.
Ini menyebabkan Damsyik diambil alih oleh beliau dan kemudian memerangi As-Salih di Aleppo menyebabkan seluruh Mesir dan Syria di bawah kuasa beliau.
Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Saljuk dan mengasaskan kerajaan Ayyubiah.
Kesimpulan
Kejayaan Salehuddin al-Ayyubi membebaskan semula Baitulmuqaddis merupakan bukti palingketara yang beliau sentiasa berusaha untuk memartabatkan agama dan negara Islam.Rentetan daripada kejayaan tersebut, beliau telah dapat melaksanakan pelbagai perancanganyang meliputi aspek politik, ekonomi, pendidikan, dan kebajikan sosial.